Friday, April 29, 2011

Alahai Telur Rebus


Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran - iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus.

Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku
rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.
 
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil
berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance
aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri
aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah,
kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...PRRROOOOOTTT!!!!...
fuhh.. lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia
power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri
aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY
BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku
hari ni le... camne boleh lupa ni.. 

Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. Argghhhhh...!!!!



Thursday, April 28, 2011

Farewell Party

Aii.... Dh lunch..?? Huhu...aku baru je lepas makan. Farewell Party.. Party la sangat kan... Xdela, td dak2 ofis aku wat makan2 skit, sebab ada sorang membe ofis nak kne pindah, balik HQ. Sian...ngadap la bos tu hari2 eik.. Muahahaha... Ish.. Jahat tul aku. Anyway, semoga berjaya menghadapi kehidupan di HQ sana yang penuh dengan cabaran dan dugaan.. Huhu.. Dh la, mls nak citer pjg2. Korang tengok je la rentetan majlis "perpisahan" kitorang untuk membe kitorang tu...

 BBQ Chicken                             Classified Chicken

Milo Ice Cream                              Extravaganza

 Antara tetamu yang hadir.. Huhu

Aku ngah melayan BBQ Chicken

Ni la yang diraikan, Cik Ida.. Ehh..nape senget..???
*
*
*
*
*
Ha...bru betul... Huhu... npe mcm nak nangis je..?? Rileks r..

Hahaha...tu je yg sempat aku snap. Kitorang just having Domino's Pizza je. Sori eik Ida, nak bawak g hotel mewah, g la sendiri Muahahahaha.. Ok, kepada Top 9 utk GA aku, jgn lupe tau check nama korang nanti.. X lama dah. Jap je lagi.. May the best man win....!!! Adios..!!!

updated : GA Finalis List

Good morning pals. This is only a short entry. Just wanna tell you guys a final list of contestant before I announce the Top 5, who will get the reward for my 1st GA. Only 9 will be in the list before I analyze the participation to get the winner.

  1. Rad_zuan
  2. marish sha
  3. adaadean
  4. Fadzillah
  5. Ady shariz
  6. Joel Leslie
  7. mamaaerishtwo
  8. azatiesayang
  9. Noor Fatin
So, for all the Top 9 contestant, please take note for the next final list. The Top 5 will be announce today before 5. For the one who not in the list, please do not feel frustrated. It doesn't mean that you guys are not good, but it's a custom in a competition. Actually, it's hard for me  to choose the winner, but i still have to. Keep you guys updated with the information of this final analysis of the contestant. Adios...!!!

Wednesday, April 27, 2011

new

Aloo....selamat...Magandang hapon.. Kamusta ka..?? Mabuti naman ako.. Aik..?? Ape benda sume nih..?? Korang ada yang paham x..?? Muahahaha...sian korang. Terpinga-pinga mencari kebenaran di sebalik sume ayat2 ni. Ok la, aku xnk translate kan untuk korang. Pandai2 la korang cari maksudnya k. Aku cuma leh bgtau yang tu adalah bahasa Tagalog. Tagalog tau kan bahasa ape..?? Kalo xtau, memang korang buta geografi... (hm...pe kne mengena ngan geo ni).


Tengok, merepek2 terus lupe aku nak tulis pasal ape dh.. Adoyai... Jap..aku nak rewind jap.. (ni sume encik robot nye pasal la ni).. Hmmm....ape benda eik..?? Ha...baru igt. Fuhh... Alhamdulillah. RAM aku bagus lagi. Xyah tukar. Aku just nak tau pendapat korang je, pasal header aku tu. Huhu..

ni la header aku...x lawa sgt pun. tp lawa gak.. eh..entahlah..

Cett...xpasan?? Sampai ati.. Aku bru je tukar. X la lawa pun. Aku bukannya reti sangat meng-edit2 ni. Ngah tunggu ada orang tu tolong wat kan header untuk aku.. Muahahaha... Jom cepat, bagi komen korang pasal header aku tu.. Kalo x.........huhu.. Xde pape. Adios..!!!

Terkejut Aku

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger sume. Alhamdulillah, aku masih diberi kesihatan yang baik hari ini dan nikmat untuk menghirup udara pemberian-Nya. Wahh...mcm program agama lak. Xpela, kita ni hanya hamba, kenalah sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada-Nya. Segala nikmat di dunia ni, hanyalah sementara, xde yang kekal selain Dia.

Sebenarnya, aku nak share ape yang aku lalui ptg hingga mlm tdi. Hujan turun ngan lebat malam tdi kt KL, siap ngan petir dan kilat lagi. Nasib baik aku dah blik kje. So, time aku baru je nak bukak baju sebab nak g mandi, tiba2 petir yang sangat kuat, sampai bergegar aku rasa blok rumah aku. Risau gak aku, walaupun rumah aku xde la tinggi sgt pun, cuma tingkat 2 puluh je.

Dalam masa yang sama dengan petir tu berdentum, ada bunyi cermin pecah kt dlm bilik aku. Mak aih... Mau x terkejut aku. Mula2 aku tgk kt tingkap, ok je.. Aku pusing je bdn nak kuar dri bilik, nah.... Amik ko.. Kt pintu bilik aku ada cermin berderai seribu.. Rupe2 nya jam dinding kt bilik aku jatuh. Jam tu aku gantung kt ats pintu bilik aku. Nasib baik aku x terpijak. Nyaris...

 tengok r sendiri, hancur cermin jam...hmmm...

Xpe la, nasib baik ade lagi jam dinding spare, plastik sepenuhnya. So, xde la nak risau sgt lagi jatuh dan pecah.. Arini, maybe aku nak g Mid Valley, sebab nak cari brg skit. Sambil2 tgk kalo ada jam dinding yang aku berkenan. Huhu...jom sape nak join aku mlm ni. Kita jumpa kat Mid Valley k... Adios..!!!


Tuesday, April 26, 2011

Film Review : Cun


Mungkin korang rasa aku dah lewat nak wat review pasal filem ni. Tapi.....pedulik hape aku. Muahahaha.. Aku baru je pas download citer ni, dan tonton citer ni. Overall, citer ni memang best. Kredit untuk Osman Ali kerana berjaya mengeluarkan citer yang bagus.

Korang setuju ke x ngan pendapat aku ni..?? Hmm..pape je la. Nape aku cakap citer ni best..?? Sape yang dah tengok, mesti tau nape aku ckp mcm tu. Jalan citer yang sangat menarik, dan agak berbeza dari citer komedi romantik yang pernah dikeluarkan dalam bidang perfileman di Malaysia. Tapi, bukan tu yang aku nak banggakan mengenai citer ni.

Krew filem CUN, korang memang terbaik!!!

Apa yang aku nak banggakan adalah, pelakon2 dlm filem ni memang terbaik. Kualiti lakonan yang diorang tonjolkan memang sangat bagus. Aku yang menonton ni, seolah-olah merasa yang aku bukan menonton sebuah filem rekaan, tetapi menonton situasi sebenar di dunia yang nyata. Lakonan diorang sumenye hidup dan langsung x kaku.

Ini adalah penting dalam sesebuah filem, kerana ianya boleh membuatkan penonton merasa yang mereka seperti di alam sebenar, dan bukan hanya fantasi atau khayalan. Lakonan yang ditunjukkan oleh Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna) dan Faizah Elai (Tom) memang sangat bagus. Kepada sapa2 yang x tonton lagi filem ni, korang kene tgk dan nilai sendiri. K la, aku nak sambung kje skit. Arini aku nak mtk maaf sgt2 sebab x sempat nak update blog aku sangat. Insyaallah, aku akan cuba untuk sentiasa berkongsi ngan korang sume apa yang aku rasakan menarik untuk dikongsikan k.. Adios..!!!

DEBAT PERDANA UBM : Perlukah Mengipas ?


Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada Tuan speaker dewan, barisan pembangkang yang berpendirian jitu, seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Panas sungguh tajuk debat kali ni. Ini adalah tugasan terbaru yang diberi oleh pensyarah2 dari UBM kepada student mereka. Debat, adalah membahaskan sesuatu perkara atau isu untuk mencari natijah sebenar berdasarkan fakta dan pandangan individu. Persoalan yang ditimbulkan untuk debat ini adalah,  

"Adakah sikap mengipas Blogger otai/lama dapat memberikan kelebihan kepada blogger lain?" dan " Perlukah sikap ini ?"


Sebenarnya, persoalan untuk isu kali ini agak panas untuk diperkatakan. Untuk persoalan yang pertama, sebenarnya ia semuanya terletak atas individu blogger itu sendiri. Isu mengipas blogger otai adalah satu perkara yang sangat subjektif. Ianya boleh memberi impak yang positif mahupun negatif kepada bukan sahaja blogger lain, tetapi juga kepada pembaca yang tidak mempunyai blog.

Kebiasaannya, tujuan utama mereka mengipas blogger2 otai adalah untuk menarik blogger lain ke blog mereka, manikkan traffic blog mereka dan menambah follower. Sekiranya ini tujuan mereka, rasanya tidak salah untuk dilakukan memandangkan mereka amat memerlukan khidmat blogger otai untuk membuatkan blog mereka dikenali. Disamping itu, dari blogger otai juga mereka boleh mendapatkan ilmu dan tips2 dalam dunia blogging agar dunia blogging menjadi lebih meriah dan rancak.

Tapi sekiranya tujuan mereka untuk menjatuhkan blogger lain, ini amatlah menduka citakan. Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana blog adalah medium yang baik untuk menjalinkan ukhwah sesama kita di samping berkongsi maklumat, ilmu, pendapat dan cadangan berkenaan sesuatu. Blog bukanlah tempat untuk kita bermusuhan dan mencipta onar antara manusia. Jadi, gunakanlah teknologi yang disediakan demi menjaga keharmonian antara kita semua.

Akhir kata, saya menyokong dengan persoalan yang ditimbulkan di mana sikap mengipas blogger otai dibolehkan sekiranya dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Moga segala perbuatan baik yang kita lakukan, diberkati oleh-Nya. Dan ingatlah, ilmu yang disebarkan dan diamalkan, akan menjadi pembantu kita di akhirat kelak. Hidup Blogger Malaysia..!!! Wasalam..!!!

Monday, April 25, 2011

Review : Brader Bro

Wahh...x sangka aku. Ade gak yang minak aku wat review pasal blog mereka. Actually, aku ni bukanlah blogger yang hebat sangat pun. Masih lagi dlm peringkat pembelajaran, ilmu ciput je. Tapi disebabkan ada yang mintak aku tolong reviewkan blog diorang, jadi aku tolonglah k. Ini hanya pendapat dan komen dari pale otak dan pemerhatian aku k. Salah silap mintak ampun...


Pandangan
Untuk pengetahuan owner blog ni a.k.a bo cai, ur blog ok je. Dari segi penyusunan widgets, sume ok. Blog yang ringan dan x memerlukan masa yang lama untuk loading, sgt seswai kepada mereka yang menggunakan broadband ataupun wireless. Overall, ok.

Cadangan
Tumpukan lebih kepada penulisan, bagi orang yang baca tu jadi seronok. Jangan terlalu plain sgt. Kena pandai mengolah ayat. buat seperti kita sedang bersembang dengan orang lain. Unless, bnda tu adalah fakta. Gunakan warna yang lebih ceria dan menenangkan. bukan bermakna layout skang x ok, tapi kalo boleh, make it more friendly. Actually, ur header kinda menyakitkan mata. Maybe sebab keadaanya yang kabur tu kot. Huhu...

Kepada membe2 sume, jom kita terjah blog beliau ni. mari mengimarahkan lagi persahabatan kita sume. Kepada otai2 blogger tu, turun2kanlah ilmu blogging agar dunia blogging menjadi satu medium yang berguna untuk kita dan orang lain gak... Adios...!!!

Jom skodeng blogger lain!!

Segmen oleh Encik Kamikaze. Segmen yang senang je. Xde byk syarat2, kalo nak tau lg, just click je kt banner beliau di atas ni.. Ianya segmen khas untuk mereka yg malas nak blogwalking.. Hahaha.. Akukah..?? Bukan malas, cuma arini bizi skit. Tu yang join segmen ni. Aku memang rajin blogwalking  k, aku usha membe2 akunye blog. Ada yang aku tgglkan jejak, ade yang aku baca entri je, dan ade yang aku bukak dan terus tutup.. Huhu... Mengapa..?? Depend kat korang entri time tu, kalo rasa2 bosan, aku tutup je.. Huhu..jgn mrh k. Kalo nak org baca entri korang sampai habis, make sure entri korang tu menarik k. Xyah pjg sgt, nnti orang cepat bosan. Kat bawah ni adalah blog yg aku WAJIB terjah hari2... (unless kalo mereka ni x update lagi)

- Yuyu

Tapi yang lain jgn risau, aku still jenguk blog yang aku dah follow, tapi mcm ikut turn k. Aku dah follow hampir 400+- blog, jadi mana yang mampu je aku akan jenguk k. Kalo rasa2 nak aku slalu datang blog korang, korang pun rajin2 la tinggalkan jejak kt blog aku k.. Insyaallah, aku akan singgah balas blog korang.. Adios...!!!

p/s; jom la join skali segmen ni, menambahkan kenalan


V.I.P

Hai u'ols... Wah...nape aku harini..?? Mcm ceria semacam je.. Huhu.. Xde la, sje je, nak bg lagi mesra.. Bukan selalu nak mesra2 ngan korang sume. Harini aku agak bizi ngan keje, sebab memang tiap2 25hb tiap2 bulan aku akan automatically busy.

Tajuk entri aku arini V.I.P.. Bermakne, very important person ke..?? Ahakz.. Bukan k. Tu adala nama group baru under KRU. Korang maybe ade yang dah tau, dan ade yg x tau lagi pasal kumpulan ni. Diorang ni hebat, bak kata Edry KRU, diorang ni penyanyi yg boleh menari sehebat penari, dan penari yang boleh menyanyi sehebat penyanyi. Hmmm...Korang paham x..?? Mula2 tu aku pun mcm blur jap, tapi bila aku pahamkan balik, bru aku tau mksudnya. Kalo korang xtau gak, pandai2 korang la eik.. Huhu..

 Rayn, Lan, Marlon, Adam & Yandy

Lan, Rayn, Yandy, Adam & Marlon

So far, first single diorang dah pun kuar kat radio. Tajuknya Lagu Sedih. Memang best. Korang cuba try dgr kt Hot fm, sebab Hot fm slalu pasang lagu diorang ni. V.I.P terdiri daripada 5 org jejaka, Yandy, Marlon, Rayn, Adam & Lan. Mcm mne aku tau pasal diorang eik..?? Hahaha...sebenarnya mereka ni membe aku, dari Sabah diorang ni. Mcm mne aku knal, xyah la korang tau eik. Tapi kalo korang nak tau lebih lanjut pasal diorang, leh je tanye aku. K la, aku nak sambung wat kje. Sanggup tau aku curi masa jap semata-mata untuk update blog aku ni untuk korang sume... Adios..!!

Officially Closed


Ok sume...Selamat tgh mlm eik. Kali ni hanya short entri je. Aku dengan besar hatinya, menutup GA aku. Kalo ada lagi yg join selepas waktu ni, tidak akan diterima k. Alhamdulillah, pesrta yg join sebenarnya lebih dari apa yang aku expect. Walaupun sebenarnya, xlah seramai blogger2 otai aku wat GA kan, tapi aku still berpuas hati.

Kepada sesapa yang dh join, tp nama xde dlm senarai, sila informkan kat aku k. Ok la, insyallah paling lewat pun seminggu, aku akan umumkan sapa yang akan dapat hadiah dari aku tu k. 5 orang saje yang akan terpilih k. Papepun, terima kasih lagi skali aku ucapkan kepada yang join. Harapan aku, moga pas ni, kalo aku wat lagi, makin ramai la yang akan join k. Sebelum aku tamatkan entri untuk kali ni, aku nak bagi kredit kat Encik Robot kerana meng-offer diri untuk promotekan aku nye GA ni kat blog beliau. Mekasih sgt... Adios..!!!

Sunday, April 24, 2011

Koqin's 1st Give Away

THIS IS STICKY POST
FOR NEW ENTRY, PLEASE SCROLL DOWN

1 April 2011, yakni arini, aku nak officially annouce yang aku merasmikan 1st GA dari aku.. Hahaha..kan sblum ni aku ada mentioned yang aku nak wat. Hape..?? x tau..?? Ish..x saspek tol. Korang try usha balik entri ni. K, balik kepada motif asal. Aku nak wat GA sempena anniversary ke2 blog aku bulan depan.

Tapi mcm biasa la, ada la syarat2 yang perlu dituruti ye sekalian anak2.. Mudah je, x susah pun. Aku x suka nyusahkan membe2. Ape yang korang kne wat..?? K, baca betul2 k..
  • Untuk ahli Koqinians shj (kalo nak join, be one of them first k)
  • Wat entri khas untuk GA ni dan letak banner hampeh cantik tu skali
  • Pick one picture dari mane2 entri yang ada kt blog aku ni, dan bgtau nape korang pilih gambar tu (optional)
  • Give ur opinion and suggestion about this blog
  • Tag membe2 blogger korang (at least 3 org)
  • Bubuh link entri korang kt comment box untuk entri ni
Sudah...tu je yang aku nak. Senang je kan. Ha...?? Hadiah..?? Korang ni kan, xyah hadiah leh x..?? Huhu.. Mmg xde yang join  la kalo xde hadiah..huhu.. Hadiahnya nnti aku inform sbb aku dlm proses memilih hadiah yang terbaik untuk aku bg kt korang. Hanya yang terbaik saja dari aku untuk korang.. Wahh...ayat, xleh blah..huhu..

Jap, lupe nak inform, GA ni tamat pada 24 April 2011, tepat jam 2359. Segala update aku akan bagitau dari semasa ke semasa k.. Selamat menjoinkan diri k.. Support Malaysian Blogger..!! Adios..!!

***********
updated

Sian kat korang tunggu kan... Kali ni aku dah tetapkan berapa orang yang aku akan pilih untuk GA aku ni, beserta hadiahnya skali. So, korang leh ar g usha kat ---->>sini
Lagi satu, aku rasa mcm nak kurangkan skit la syarat2 tu, bagi syarat yg ketiga tu, iaitu pilih mana2 gmbr dlm entri aku tu, bnda ni terpulang la kat korang samada nak wat atau x. Mknenya, bnda tu jadi optional la. Kalo nak wat xpe, x wat pun xpe.. Ok.. Tu aje..

p/s; GA ni akan terbatal ngan sendirinya jika penyertaan kurang dari 10



Saturday, April 23, 2011

makin bertambah

Alhamdulillah...semakin hari, warga Koqinians makin bertambah ramai. Walaupun x le sebanyak kupukupukecik ataupun encik robot, tapi cukup membuatkan aku berpuas hati. Lagipun, kalo follower je ramai, tapi blog x ber-upadte ngan entri2 baru, ataupun entri sumenye merepek je, x guna gak kan.


Aku sgt berterima kasih dengan warga Koqinians keran sudi menjadi salah sorang dri warga kami. Aku cuma mengharapkan bahawa, kalo korang dh jd warga Koqinians, selalulah jenguk ke blog ni, tgglkan jejak dan komen ape yg patut, agar blog aku ni menjadi lebih meriah daripada biasa. Huhu.. Aku bukanlah seorang penulis, tu sebab ayat2 aku agak berterabur. Penyusunan kata yang kdg2 leh disalah ertikan, tapi aku tetap menulis. Kenapa...??? Kerana aku nak bagi warga Koqinians sume berpuas hati, dan rasa berbaloi walaupun hanya singgah kejap je kat blog aku ni.

Kepada silent reader aku, sudah2 la menyembunyikan diri. Kuar lah, agar aku leh tau sape korang, di samping kita boleh lebih lagi bertukar2 idea dan pendapat. Memang best sbnrnya ade silent readers ni, tapi aku rse lagi elok dan bagus kalo diorang ni tunjukkan diri masing2. Kepada haters aku...(aku ada ke haters) silalah komen dan kritik lagi k blog aku ni. Moga2, kritikan korang tu, akan membawa kepada kebaikan. Adios...!!!

Friday, April 22, 2011

Bad Habit


Selamat pagi sume..!! Harini tgknya cuaca sungguh baik sekali. Walaupun begitu, namun, aku tetap jugak berwajah lesu kerana still ngantuk lagi..(mcm pelik je ayat aku ni).. Huhu.. Selesai sudah bersarapan, kini aku nak meng-update blog aku yang tercinta ni. Korang sume dah breakfast ke lum..?? Adoi...lum lgi. Ni mesti kes baru bangun atau memang dah tabiat korang yang memang x bersarapan. Jgn mcm tu tau, sarapan ni penting untuk seluruh sistem badan kita.

Tajuk kita arini adalah berkenaan tabiat buruk a.k.a. bad habit. Wah...mcm rancangan motivasi pagi lak. Aku kompem, korang sume mesti ada bad habit. Contohnye mcm gigit kuku, pintal rambut, jelir lidah dan macam2 lagi la.. Aku pun ada gak, tapi aku xleh bgtau korang. Secret.. Sebabnya...?? Hahaha...sebab aku takut korang pikir lain nanti. Agak sensored di situ... Aku pun xtau mcm mne nak buang tabiat buruk aku ni. Tambah2 lagi, tabiat aku ni kene melibatkan org lain. Muahahahaha..so, kepada sape2 yang dh terkena ngan tabiat buruk aku ni, aku harap korang ok je. X memudaratkan pun, tapi kdg2 org rasa x selesa. Xpela, lagipun aku msti mintak permission dulu. Kalo bg, baru aku wat. Kalo x, aku xde la wat.

Lagi satu tabiat buruk aku, kalo aku membonceng motor, aku mesti pegang baju org yang tunggang motor tu. Buruk ke tabiat tu..?? Ala...bnd ni istilah je sebenarnya. Bukan sume bnd yang kita suka buat tu buruk. It's just a term. Korang lak, ape bad habit korang..?? Jom la kongsi skali... Wat hilang2 bosan.. Huhuhu...Adios..!!!


Thursday, April 21, 2011

Macam mane skang..??


Akibat pelbagai spekulasi yang dilemparkan terhadap aku sejak akhir2 ni.. *bajet artis... Akhirnya aku akur dengan keputusan majoriti. Apakah yang sedang aku merepek ni..?? Gile skema ayat aku... Pedulik r.. X, skang ni ape yang aku ingin sampaikan sebenarnye ni..?? Tolong lah don't belok2... Erk..??

Sebenarnya, hasil daripada GA yang aku wat ni, walaupun lum lagi sampai due date lagi, ramai yg komplen pasal tulisan kt blog aku yg kureng jelas dan menyusahkan untuk proses pembacaan lebih2 lagi kepada mereka yang bermata lebih daripada 2.. *matila aku... Ok2, rileks k. Chill guys...


Skang ni, aku dah tukar font yang lebih jelas. Diharapkan korang sume berpuas hati dengan font skang k. Ditambah lagi aku dah memperbesarkan sedikit tulisan tersebut. Aku mintak maaf kepada sume andai ada yang x puas hati kepada aku dan blog aku sebelum ini. Skang, aku dh ikut keputusan majoriti. Win Win Situation k...

Pape pun, aku sentiasa terbuka untuk mendengar apa2 komen dan cadangan yang membina daripada korang2 sume agar kita sama2 berusaha untuk maju ke hadapan dan menjadi lebih baik. Segala usaha yang aku tunjukkan ni, sememangnya untuk korang sume. Sebagai tanda penghargaan aku sebab korang sanggup bazirkan masa untuk terjah blog aku dan baca entri aku yang ntah pape ntah ni..

Huhu.. Akhir kata, wah....igt ape, public speaking ke... Muahahaha... Jangan lupa join my first GA tu k. Due date dh nak sampai dh ni. Jangan lambat. Aku tau hadiah nye x seberapa. Tu je yg mampu aku bg utk skang. Maybe next time aku akan bagi yang lagi gempak...Huhu... Adios..!!!


mid-day agenda

20 April 2011, yakni semalam, aku having lunch together with my buddy. Disebabkan dia mahu pulang ke kampung halaman setelah cuti sem bermula, jadi aku pun menggagahkan diri drive dari ofis aku di Serdang menuju ke Bangi untuk mengambil beliau di situ. Tambahan lagi semalam adalah beliau punya besday anniversary. So, restoran Rasamas telah menjadi pilihan beliau untuk celebrate and having lunch.



Then, kami merayap sampai ke The Mines semata-mata untuk menemani beliau untuk potong rambut beliau yg sudah boleh dikategorikan sebagai 'berus'... Wahh..matila statement.. Ahakzz.. Lek k, guro2 je.. Best je tgk, siap basuh rambut skali.. Adoyai... Xpe, nnti aku nk try gak..


Penat tu memang la penat, melayan mamat ni kehulu kehilir. Dah la beliau ni suka berjalan, adoi.. Nasib baik la birthday boy, terpaksa la ikut je. Kalo bukan, nak je tinggal kat situ. Korang nak tgk hasilnya lepas potong rambut tersebut...?? Jap eik... Korang usha kat bawah ni...

**********
 bajet je beliau ni..jgn mudah terpedaya dengan gambar...hahaha

**********
Dah setel suma, aku pun anta la beliau ni ke stesen keretapi terdekat supaya beliau boleh balik ke kg beliau. Kalo nak ikut hati, nak tinggal je kat bwh mne2 jambatan...Huhu.. Biar dia rasakan. Dah la hujan lebat... Muahahahaha... xde la, guro je. Aku x reti nak men'dajal' orang ni. K la, tu je citer aku nak share, berkenaan semalam di mana aku mengulorkan diri wat sementara waktu semasa waktu bekerja. Memang aku seorang pekerja yang berdedikasi... Hahahaha.. Adios...!!