Tuesday, April 26, 2011

DEBAT PERDANA UBM : Perlukah Mengipas ?


Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada Tuan speaker dewan, barisan pembangkang yang berpendirian jitu, seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Panas sungguh tajuk debat kali ni. Ini adalah tugasan terbaru yang diberi oleh pensyarah2 dari UBM kepada student mereka. Debat, adalah membahaskan sesuatu perkara atau isu untuk mencari natijah sebenar berdasarkan fakta dan pandangan individu. Persoalan yang ditimbulkan untuk debat ini adalah,  

"Adakah sikap mengipas Blogger otai/lama dapat memberikan kelebihan kepada blogger lain?" dan " Perlukah sikap ini ?"


Sebenarnya, persoalan untuk isu kali ini agak panas untuk diperkatakan. Untuk persoalan yang pertama, sebenarnya ia semuanya terletak atas individu blogger itu sendiri. Isu mengipas blogger otai adalah satu perkara yang sangat subjektif. Ianya boleh memberi impak yang positif mahupun negatif kepada bukan sahaja blogger lain, tetapi juga kepada pembaca yang tidak mempunyai blog.

Kebiasaannya, tujuan utama mereka mengipas blogger2 otai adalah untuk menarik blogger lain ke blog mereka, manikkan traffic blog mereka dan menambah follower. Sekiranya ini tujuan mereka, rasanya tidak salah untuk dilakukan memandangkan mereka amat memerlukan khidmat blogger otai untuk membuatkan blog mereka dikenali. Disamping itu, dari blogger otai juga mereka boleh mendapatkan ilmu dan tips2 dalam dunia blogging agar dunia blogging menjadi lebih meriah dan rancak.

Tapi sekiranya tujuan mereka untuk menjatuhkan blogger lain, ini amatlah menduka citakan. Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana blog adalah medium yang baik untuk menjalinkan ukhwah sesama kita di samping berkongsi maklumat, ilmu, pendapat dan cadangan berkenaan sesuatu. Blog bukanlah tempat untuk kita bermusuhan dan mencipta onar antara manusia. Jadi, gunakanlah teknologi yang disediakan demi menjaga keharmonian antara kita semua.

Akhir kata, saya menyokong dengan persoalan yang ditimbulkan di mana sikap mengipas blogger otai dibolehkan sekiranya dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Moga segala perbuatan baik yang kita lakukan, diberkati oleh-Nya. Dan ingatlah, ilmu yang disebarkan dan diamalkan, akan menjadi pembantu kita di akhirat kelak. Hidup Blogger Malaysia..!!! Wasalam..!!!

3 comments:

^ Uncle Syaf ^ said...

good point disitu...

aku masih pikirkan hujah yg sepatutnye...samade sokong atau tak...t dah siap aku publish...he3

[k]o{q}i[n] said...

aku just tulis ape yang aku pikir je.. dalil akli..

Ca Ezah said...

=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=

hai~ singgah dari UBM... :)

walau kita berlainan pendapat..

jom jenguk hujah ca pulak..

http://cikduyung.blogspot.com/2011/04/debat-perdana-ubm-mengipas.html

=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=@=