Friday, June 13, 2014

Aku Gagal Lagi

Yup! Aku gagal lagi. Hurmmm...
 
Aku xtau nak mengadu dengan siapa lagi. Aku pernah tersungkur, dan kali ni aku tersungkur lagi. Aku bukanlah seorang yang cukup kuat untuk terima benda ini. Sebelum ni aku pernah tersungkur teruk. Hampir hancur seluruh hati aku. Membuatkan aku fobia dan trauma untuk menghadapinya di masa akan datang.
 
Tapi masa yang aku takuti akhirnya kunjung tiba jua. Seluruh tubuh aku longlai. Aku terasa seperti dicampak ke tempat yang tersangat gelita. Adakah aku tidak cukup layak untuk berada disisi? Aku tahu aku bukanlah manusia sempurna yang baik budi pekerti. Aku mengaku aku penuh dengan noda dan dosa yang jika ditapis, maka sepurnama belum tentu mampu menjernihkannya.
 
Titis air mata jatuh, menandakan aku tersangat lemah dalam menghadapi perkara untuk kali kedua. "Ya Allah, andai aku bukan sahabat yang sesuai untuknya, maka Kau temukanlah dia dengan seorang yang layak dan mampu menjaganya dengan sebaiknya. Aku hanya mahukan dia bahagia dan gembira sepanjang mengharungi liku-liku hidupnya. Kau bimbinglah dia ke jalan lurus-Mu. Kau kuatkanlah hatinya untuk redha dalam menerima segala musibah-Mu. Kau golongkanlah dia dalam orang-orang yang Kau redhai..."
 
Aku? Aku terima segala keputusannya. Aku anggap ini satu lagi ujian yang mampu menjadikan aku makin kuat dan cekal. Akan aku cuba untuk memujuk hatiku agar terus tabah dan maju dalam hidup. InsyaAllah... "Kau kabulkanlah permintaan hambaMu yang hina ini ya Allah... Amin"

2 comments:

Anonymous said...

alamak ai, menyentuh kalbuku membacanya.... dah lah akak tengah frust gak ni...cerai ngan husband, anak ada 1 orang jer, husband ambik. dah sebulan tak dapat cakap ngan anak. rindu teramat sangat.

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll./ juga catatan atau buku universitas), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)