Wednesday, April 17, 2013

Evolusi Dunia Blogging

Tajuk bapak nak gempak je, kemain evolusi bagai. Hahaha... Bukan pe, saje nak naikkan mood mengarang kali ni. Rasanya cara aku menaip pun bukannye makin maju, tapi makin gostan kebelakang. Makin mengarut je rasa...
 
Contoh mengarut
See, contoh yang aku bagi pun dah cukup mengarut. Camni, semalam aku tetibe terajinkan diri aku untuk berjalan blog, err dalam erti kata lain adalah blogwalking la kalo dlm bahasa omputihnya. Jadi aku masuk la ke blog2 yang aku sempat. Lama dowh x g ke blog2 memembe lama. Ada gak sesikit blog2 baru yang aku masuk.
 
Aku plak jenis kalo berjalan blog ni, suka komplen memacam. "Dia ni tulis ntah pape ntah", "bosannye blog ni langsung xde hiburan", "ni mcm baca karangan SPM je", dan memacam lagi la yg hati aku cuba getuskan. Maklumlah, memang keje aku sebagai pengkritik bertauliah disebabkan pengalaman dan pengetahuan aku yg cukup luas seluas benua afrika punya teluk je :p
 
Sebab apa aku x berapa suka berjalan blog, ada beberapa sebab yang aku penah bagitau dulu, cer tengok [SINI]. Sedangkan blog memembe aku pun ada yang aku anti, dedepan diorang aku ok la, tp baca blog diorang mtk maaf... Wakakaka~~ Nampak x keplastikan aku sangat hebat sampai diorang pun igt aku peminat tegar diorang. Puihh!
 
Evolusi paling mengarut dalam sejarah dunia
 
Aku x pedulik sangat la korang tu OTAI ke, FEMES ke, newbie ke, bagi aku sama je. Yang membezakan antara blogger tu adalah kematangan fikiran. Kalo otai mana pun, tapi still ditakuk yang lama, xde guna gak. Ada beberapa blog newbie yang aku masuk, membuatkan aku teruja nak baca lagi entri2 dia.
 
Bagi aku mudah je, terpulang la apa yg korang nak sumbat dalam blog korang, asalkan korang x sakitkan hati orang lain, boleh menarik minat pembaca, dan boleh bagi manfaat kepada orang lain. "Ber-blogging adalah hak kami!", cakap ala2 iklan Milo tu. Dah la, saje je ni, dah mcm terpanjang plak. Lama dh aku x mengeluarkan idea dan pendapat aku yang sangat bernas dan berguna ni. Wakakaa~~ Adios...!!!
 
 

3 comments:

::FAIZ:: said...

mana nak beli basikal tu? hahaha

Syaiful Izwan said...

hahaha..punya la panjang orang tu berceramah, kau tanya tentang basikal?
Aku pun sebenarnya....
NAK BELI BASIKAL TUH!!

mana nak beli koqin?? ahaks!

[k]o{q}i[n] said...

Cait.. angpa berdua sama ja