Tuesday, April 16, 2013

Aku Tak Paham

Makin lama aku kerja kt sini, makin aku x paham apa yang ada dalam pale otak bos aku ni. Cara dia berfikir pelik bebenor gamaknye. Masalahnya skang ni, bukan aku sorang yang x paham, tapi hampir keseluruhan ofis ni x paham...

Dalam setahun, aku xtau la dia nk rombak berapa banyak kali ntah pertukaran dalaman jabatan ni. Ada masalah skit je, dia tukar. Ape benda la... Kita baru nak berjinak-jinak ngn kerja, dh kena tukar wat keja lain. X sempat nak habis lagi blajar satu2 benda, dh kena blajar wat benda lain.

Aku pun x paham la pe yang ada dalam pale otak dia. Kalo dia rasa dia nak ubah, dia ubah la. Kalo ikutkan hati, nak je sound tepek kt muka dia. Kang kalo sound kang, kata x hormat dia plak. Dah dia kuarkan memo suh tukar jabatan lain. Tu kalo dia suh tukar, kalo dia tamatkan kontrak kang, x ke naya aku.

Aku bukannya apa, agak2 la kalo nk wat pertukaran dalaman pun. Ni dalam setahun sampai 2-3 kali tukar, xke menyusahkan orang lain. Pangkat yg dimiliki, bukannya untuk diguna sesuka hati. Tau la awak tu jawatan paling tinggi dlm jabatan, tp xyah la wat keputusan yang merepek2. X ke nnti orang lain anggap kita x professional langsung dalam kerja? Staff nak perform pun payah kalo mcm ni. Apa pendapat korang? Adios!!!


2 comments:

Syaiful Izwan said...

tempat kije kau ada berapa staff? selalunya kampeni besar yang akan buat macam tu..aku dulu kerja kilang glove, setiap 3 bulan kitorang akan pindah department..bos aku cakap nak kita belajar semua benda

[k]o{q}i[n] said...

aku kje kt sektor awam.. :)