Friday, July 8, 2011

Amalkan Budi Pekerti Mulia

Hai sume. Aku baru je selesai sarapan. Korang dh sarapan ke belum? Kalo boleh, janganlah kita skip sarapan kerana sarapan sangat penting untuk sistem tubuh kita. Kalo x caya, korang leh rujuk la kat sape2 yang arif pasal diet seimbang. Tapi, bukan aku nak citer pasal sarapan, diet ataupun pemakanan kita seharian. Aku nak sentuh skit pasal budi pekerti mulia atau dlm erti kata lainnya, adab...
Sempena hari Jumaat yang mulia ni, penghulu segala hari, marilah kita sama2 bermuhasabah diri kita agar kita tidak mudah leka dan lalai dengan duniawi sahaja. Ok, berbalik kepada topik, budi pekerti mulia sangatlah dituntut dlm agama kita. Sebelum ni, aku pernah mengutarakan isu dan pendapat aku berkenaan kesopanan, muhasabah diri, hormat menghormati, budi bahasa dan banyak lagi. Kalo korang x tau, silalah cari balik entri2 lama aku k.


Aku cuma nak wat kesinambungan je dari entri membe kesayangan aku ni.. *tgndidadamatakeatas... Ianya berkenaan orang yang suka jaga tepi kain orang lain atau menyibuk. Pelik tau kalo nak fikir2kan balik, tapi memang mcm tu la lumrah manusia. Mesti nak amik tau hal orang lain.. Aku x bermaksud kita xleh nak amik tau hal orang lain, tapi berpada-pada la.

Kita tidak sepatutnya menggunakan kelebihan yang ada pada kita untuk menjatuhkan atau mengaibkan orang lain walaupun kita membenci orang itu. Usahlah kita menyemakkan kepala otak kita dengan memikirkan pasal orang lain. X payah sampai nak cerita kt orang lain pasal aib seseorang. Aku nak amik skit petikan ayat nasihat dari membe aku ni:

"Pasal lu takda ilmu, abes dorang pun terikut sama bodoh. Nasihat gua kat lu, perbetulkan diri lu dulu baru boleh nasihat orang. Tengok mana yang orang tak suka kat lu."


Nampak x..?? Betapa marahnye beliau kepada orang yang suka menjaga hal orang lain. Amik tau boleh, tapi x payah nak lebih2 sangat, stori sana sini, mcm menyusahkan dia je. Xde kena mengena ngan hidup kita, x payahla kita amik port sangat. Apa yang kita perlu buat, kita muhasabah diri sendiri, flashback balik perbuatan kita, cari mana salah silap kita dan cuba untuk perbetulkan.

Kalo niat kita nak menegur kesalahan orang pun, ada cara dan adabnya. Bukan main hentam kromo je. Pelajari adab untuk menegur dan memberi nasihat kepada orang lain. Lengkapkan diri ngan ilmu, dan sebarkanlah kepada yang tidak mengetahui dengan niat kerana-Nya. Jadilah komuniti yang membina, bukan menjatuhkan. Bersama-sama kita membentuk persekitaran yang bebas dari hasad dengki dan fitnah. Hormatilah privacy seseorang. Menolong dalam menjaga maruah seseorang, besar pahalanya. Adios...!!!


p/s: perang nafsu adalah perang yang paling besar bagi setiap insan


No comments: