Sopan santun adalah satu amalan yang amat mulia jika diamalkan, tidak kiralah tua atau muda. Pada kebiasaannya, kita selalu mendengar bahawa yang muda mesti menghormati yang tua. Memang betul apa yang diperkatakan. Tapi pernahkah kita terfikir bahawa, adakah yang muda sahaja perlu menghormati yang tua? Bagaimana pula dengan yang si tua? Soalan ini sering saya persoalkan kerana ianya amat kurang dipraktikkan di negara ini. Dalam Islam sendiri menuntut kita saling menghormati tidak kira antara yang muda dengan yang tua, ataupun yang tua dengan yang muda.
Saya baru sahaja pulang ke KL dari kampung halaman saya di Tanjong Karang dengan menaiki bas beberapa hari yang lalu. Kejadian ini terjadi apabila saya menaiki bas dari Kuala Selangor ke Klang. Pemandu bas ini berumur antara lewat 30an hingga 40an. Pada mulanya, semuanya dalam keadaan biasa sahaja. Tapi apabila lepas daripada pekan Kapar, pemandu bas ini tiba-tiba bersuara dalam nada yang tinggi, memarahi budak-budak sekolah yang berada di dalam bas itu. Bukan kerana membuat kecoh, tetapi pemandu ini berasa ditipu oleh mereka. Semasa di stesyen bas Kuala Selangor, sebelum bas memulakan perjalanan, terdapat segelintir daripada pelajar sekolah ini yang membeli tiket ke pekan Kapar, tetapi apabila melepasi pekan Kapar, tiada seorang pun antara mereka yang turun. Hal ini yang membuatkan pemandu ini berang dan memarahi mereka. Apa yang mengejutkan, pemandu ini sanggup mengeluarkan kata-kata yang tak patut diluahkan, apatah lagi dikhalayak ramai.
Saya sangat terkejut kerana pemandu ini boleh mengeluarkan kata-kata yang sedemikian rupa. Memanglah kita tahu yang dia sedang marah, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat, terhadap budak sekolah, di hadapan khalayak ramai, adalah perkara yang perlu dielakkan. Ini boleh menggambarkan bahawa kaum Melayu sangatlah tidak bersopan-santun walhal sebabnya sangatlah tidak sepadan dengan lemparan kata-kata tersebut.
2 comments:
Pemandu tue melayu ker india?
melayu...
Post a Comment