Muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Kita sebagai umat Islam wajar menginsafi diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah dan salah di sisi agama Islam. Islam mengajak umatnya bermuhasabah diri agar hidup kita tidak terbelenggu dalam kesesatan.
Firman Allah yang bermaksud: “Orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil, sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaanmu) ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa”. (Surah al-Najm: 32).
Terdapat segelintir manusia merasakan dirinya cukup sempurna dan ghairah dengan pujian serta sanjungan yang menggunung. Mereka tidak melihat segala yang diperolehi wajib disyukuri dan dinikmati dengan sebaiknya. Segala kelebihan yang dikurniakan bukanlah syarat untuk kita bermegah-megah, sebaliknya kita patut bersyukur atas rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya.
Jangan sekali-kali termasuk ke dalam golongan orang yang mengaku dirinya sudah baik tetapi jadilah orang yang bercita-cita untuk membuat kebaikan sebanyak yang mungkin dan selalulah merasakan dirinya tidak baik lagi dan paling tidak sempurna amal dan tingkahlaku jika dibandingkan dengan orang lain. Hiasilah diri kita dengan sebaik-baik amal ibadah, bersedekah, berpuasa serta bersikap dengan sifat-sifat terpuji. Jangan memperlekehkan keadaan dan kelemahan orang lain kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya dan jangan biarkan diri dikaburi dengan kesenangan duniawi.
Sikap selalu menganalisa diri sendiri dan merenung keaiban diri (muhasabah diri), itu adalah satu sikap yang sewajarnya dimiliki oleh hamba-hamba Allah yang rindukan dan inginkan kereredhaan Tuhannya.
Bercita-citalah kita untuk menjadi hamba yang baik sesuai dengan tuntutan-Nya dan Rasul-Nya. Baik dari segi amal dan kelakuan hendaklah bersangka baik dan halus tuturkata sesama insan.
Kita juga hendaklah berusaha sedaya upaya menghapuskan penyakit hati yang merosakkan diri seperti hasad dengki, pemarah, iri hati, buruk sangka dan sebagainya. Beramallah semata-mata mengharapkan redha Allah bukan untuk riak dan sombong.
“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang berbuat jahat maka (dosanya) atas dirinya sendiri dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hambaNya”. (Surah Fussilat: 46)
p/s; baru tenang tengok ayat2-Nya selepas hati panas menggelegak dengan blogger bangang tu. nauzubillah...
dipetik daripada; usimtoday10
2 comments:
sebaiknye..kita perlu muhasabah diri setiap hari..barulah kita dapat memperbaiki diri sendiri mengikut kemampuan.
hmm...betul tu..
Post a Comment