Wednesday, November 6, 2013

Refresh, Restart, Renew

Maksudnya menyegarkan, semula, dan memperbaharui (bak kata pokcik Gugel). Semua benda ni memberi maksud berbalik kepada asal, atau permulaan yang baru. Kasi segar bugar balik semuanya. Minda, tubuh badan, rohani dan segala-galanya perlukan kesemua ni supaya kita sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Setuju? Atau tidak?
 
Ya, mungkin aku perlu g massage. Kasi rileks satu badan. Stress dengan kerja, stress dengan persekitaran, kawan-kawan, keluarga, ekonomi, kehidupan dan semuanya...  Tapi itu semua bukan motif aku untuk menaip kali ni. Ada benda lain yang aku nak share.
 
Aku tau, mungkin aku terlalu sedih, sampai terbawa-bawa ke dalam perwatakan dan kehidupan aku seharian. Cumanya, aku sedang cuba untuk menerima hakikat untuk meneruskan hidup yang xtau bila pengakhirannya.
 
 
Karma, benda yang selalu kita dengar. Tapi adakah kita percaya? Adakah kita pernah rasa? Korang tau kan, kalau sesuatu nikmat kita ditarik dari diri kita, bukan bermakna kita perlu kecewa dan merungut. Mungkin Allah nak bagi kita nikmat yang lebih besar dan baik. Itulah halnya yang berlaku sekarang kat aku.
 
Bagi korang yang dah sedia maklum, pemergian arwah sahabat karib aku sangat meninggalkan kesan pada diri aku. Walaupun sudah lebih 10 bulan arwah pergi, aku masih terngiang-ngian senda gurau, sedih duka kami bersama. Sehingga orang yang ada di sekeliling aku pun merasainya. Maaf kalo aku ada menyusahkan kalian dan terima kasih sebab cuba untuk cheer me up. Mungkin sekarang ni aku boleh cakap aku dah jumpa someone yang boleh menggantikan arwah di sisi aku.
Alhamdulillah, setakat ni aku seringkali diberi kata-kata semangat dan nasihat agar aku lebih bukakan minda dan pandangan aku bahawa aku perlu percaya akan aturan Allah untuk aku. Ya, arwah tetap arwah, xkan pernah berubah. Moga kedatangan someone ni mampu untuk melayan karenah dan perangai aku macam mane yang arwah pernah buat.
 
U, I harap I x salah pilih orang... I doakan U sentiasa tenang di sana.
"Ya Allah, Kau peliharalah sahabatku dari azab seksamu. Kau tempatkanlah dia di tempat yang Kau redhai... Amin"

 
 

No comments: