Wednesday, January 2, 2013

01.01.2013: Tarikh Yang Menyakitkan

Kebiasaannya, tarikh 1 Januari setiap tahun merupakan tarikh yang menggembirakan kebanyakan orang sebab menyambut tahun dan permulaan yang baru. Dentuman bunga api, berpesta sana sini, menyambut kedatangan tahun baru yang diharapkan dapat memberi sinar baru dalam kehidupan.

Tapi x bagi aku. 01 Januari 2013, bersamaan hari Selasa, merupakan tarikh yang akan aku ingat sampai bila2. Tarikh yang membuatkan permulaan tahun baru bagi 2013 yang sangat menyakitkan dan menyedihkan aku. Tarikh ini juga yang berkemungkinan mengubah aku menjadi insan yang sedikit berbeza dari yang sebelum ini.

01012013: Perginya seorang sahabat baik aku, meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Perginya seorang sahabat yang sering menemani hari2 aku. Perginya seorang teman bercerita suka dan duka. Perginya seorang kawan yang banyak membantu aku. Perginya dia..... Perginya... Hurmm...


2-3 malam sebelum perginya arwah, aku ada bermimpikan dia. Tapi aku x menghiraukan mimpi tersebut, tanpa terfikir utk bertanyakan khabar apatah lagi menjenguk. Jujurnya, aku rasa seperti seorang yang x berguna. Aku xde disaat arwah menghembuskan nafas yang terakhir. Aku xde disaat arwah mungkin memerlukan aku. Aku... Aku... Arghh...!!!

Sepanjang malam aku menitiskan air mata, kerana mengenangkan diri yang x berguna ni. Mengabaikan sahabat baik sendiri, walhal tau dia sedang sakit. Asyik memikirkan perihal diri sendiri, tanpa menyedari dia sedang bertarung nyawa. Hurmm... Xpelah, aku cuba untuk menerima bahawa dia xde, dan xkan kembali lagi. Aku mohon kepada semua yang membaca, untuk sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa-dosa sahabatku, Nur Syamsul Hafizi, selama hayat dia di atas muka bumi-Mu ini. Kau redhakanlah pemergian dia menghadap-Mu. Kau ringankanlah azab seksa-Mu di alam sana. Kau tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang Engkau redhai..."
"U... I mintak maaf banyak2 kat U. I tau I banyak buat salah kt U selama kita kenal. I minta maaf juga sebab I xde disamping U saat U menghadapi saat2 terakhir U. I x sangka yang U pergi dulu meninggalkan I, kawan2 lain dan keluarga U. I cuma nak U tau yang U adalah sahabat terbaik I selamanya. I sayang sangat2 kat U. Tq sebab sudi layan karenah I selama ni... :'("

2 comments:

Si GaJus!!! said...

Innalillah.. moga arwah ditempatkan bersama org beriman..

adan said...

Inna lillah hi wa innah ilaihi rajiun.. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman..