Monday, June 20, 2011

Biru Tua vs Biru Muda

Lambakan laman sosial skang ni mcm satu trend je. Itulah kuasa teknologi. Mcm2 yang leh berlaku tanpa kita sedari. Baik buruknya, sumenya atas kita sendiri. Tapi yang paling femes adalah laman biru tua dan juga biru muda. Apa bendanye tu..?? Biru tua a.k.a facebook dan biru muda a.k.a twitter.



Aku pasti, mesti ramai diantara korang yang sudah mempunyai akaun di facebook mahupun twitter. Kedua-dua benda ni dh jadi mcm keperluan lak skang ni. Memang banyak kegunaannya, tapi kalo disalah gunakan buruk padahnya kepada diri mahupun masyarakat. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing2.

Sebagai seorang blogger, facebook dirasakan amat penting bagi tujuan mempromosikan blog kita. disamping menambah kenalan, menjadi tempat untuk menyimpan gmbr2 kenangan dan mcm2 lagi. Memang banyak gunanya facebook ni dan x dinafikan penggunaannya pun adalah mudah dan senang difahami. Dari facebook juga lah aku dapat mencari balik membe2 lama yang dh lama terpisah. Alhamdulillah, facebook memang betul2 boleh menjalinkan kembali perhubungan yang telah lama terputus.

Twitter pulak adalah satu medium ringkas untuk sesiapa saje memberitahu perkembangan terkini berkenaan diri dan juga semasa. Dengan masa loading yang sekejap, twitter memang banyak membantu untuk membuatkan sesapa saje mengetahui perkembangan kita dari semasa ke semasa. Dan disebabkan itu jugalah, ramai artis2 dan menteri kita menggunakan twitter.


Aku menggunakan kedua-duanya sekali memandangkan faedahnya kepada aku agak besar. Tapi kita perlu ingat, setiap teknologi buatan manusia, pasti ada kelemahannya. Tiada manusia yang hebat yang sehebat-Nya. Dia lah yang Maha Bijaksana. Jadi, gunakanlah ilmu kurniaan-Nya ini ke arah yang diredhai-Nya. Korang lak prefer yang mana satu..?? Adios...!!!



JOM JOIN SEGMEN "AKU BEST"


2 comments:

~Kirin Selama Perak~ said...

dua-dua aku ada.
mcmna tu?
:p

[k]o{q}i[n] said...

gelojoh la mksudnye...muahahaha