Cett... Seharian kunun. Xde la seharian sangat pun. Tapi, err.... Bolehlah dikatakan sehari jugak la. Hahahaha... Berbelit-belit macam keling je... Inilah cerita hari minggu yang lalu. Silalah rerajinkan diri membaca...
Gambar tersebut adalah hasil tangkapan aku melalui lensa Nikon D3100 aku yang dah maha uzur. Hahaha... Ok, mula dari mula. Erk? Sebenarnya, hari Sabtu aritu aku ada 2 kenduri yang aku kena
attend dimana kedua-duanya adalah sangat jauh antara satu sama lain. Jadi, aku amik keputusan untuk pergi satu kenduri pada belah malam Sabtu, dan satu lagi pada hari Sabtu. Kena pergi gak 2-2, pasal 2-2 orang yang aku anggap penting dalam hidup aku... :p
So, ari Jumaat aritu, pas je keje terus aku shoot balik kampung dan terus g umah kawan rapat aku sejak lantai sekolah lagi. Bukan bangku tau, lantai. Maknenye lagi lama. Hahahaha... Aku pegi kenduri dia malam Sabtu sebab malam tu dia ada majlis berinai. Jadi aku g la sebab orang dah jemputkan... Maaflah xde gambar nak share sebab aku lupa bawak kamera masa tu. Jadi, aku just nak ucapkan kat kawan aku tu, SELAMAT PENGANTIN BARU dan moga kekal hingga akhir hayat bersama isteri tercinta.
Yang ni plak, kisah pada hari Sabtu, di mana aku telah konvoi sebanyak dua puluh buah kereta ke satu lagi majlis di Bukit Chawi, Kg. Gajah, Teluk Intan. Yang ni plak majlis kawen membe merangkap geng adik-beradik masa kat Teknik Kuala Kangsar dulu. Geng x tido malam, geng main geli-geli, geng mandi sesama kat toilet sekolah masa asrama xde air dan memacam lagi la... Kitorang gelarkan yang kawen tu Abg Chik masa kt sekolah.
Aku kena pergi majlis ni sebabnya Abg Chik ni sanggup turun KL dari Perak semata-mata nak jemput aku. Sangat2lah terharu sampai berjujuran air mazi mata aku... *nampak beno nipunya.. Hahaha... Aku malas nak taip pepanjang, aku nak kongsikan nostalgia yang sempat dirakam masa majlis persandingan tersebut...
|
masa berarak masuk |
|
di meja makan beradab |
|
siap ada poco-poco lagi kau... |
|
pengantin bebajet comel |
|
inilah geng K.A.M.I |
|
antara adik-beradik yang datang bersama Papa kesayangan kami |
Aku malas nak edit2. Ni sume original punya. Lama giler x jumpa mereka2 ni, tersangatlah rindu melampau. Walaupun x lengkap kesemua geng yang hadir, ni pun dah cukup wat pengubat rindu. Tambah2 lagi Papa Khaldi pun datang gak. Rindu kat Papa... Thanks kat Papa sebab cakap aku makin comel. Bhahahaha... Walaupun segan Papa cakap depan orang ramai. Sighh... -.-" Akhir kata, sudi2kanlah jemput aku g kenduri korang nanti eik. Majlis persandingan je, kalo majlis korang berkhatan aku xmo dtg. Geli aku... Hahahaha.... Adios!!!
|
sayang Abg Chik ketat2. Kak Chik xmo jeles2 k.. Hahaha |
No comments:
Post a Comment