Tuesday, December 3, 2013

Tegur-Menegur

Skang ni aku tgk ngah kecoh pasal kes kematian Paul Walker, antara watak utama dalam filem aksi hebat, Fast & Furious. Satu dunia tau pasal filem ni dan kenal pelakon hebat ni. Itu xpe lagi. Pastu kecoh plak pasal ucapan R.I.P a.k.a Rest In Peace yang telah diucapkan kepada mendiang pelakon tersebut...
 
Kat sini aku bukan nak citer pasal kematian dia ni. Lantaklah dia mati, dah ajal dia. Aku pun bukannya nak komen pasal ucapan R.I.P yang dihebohkan skang ni pasal halal haramnya... Memang aku dengar2 yang kita boleh je ucapkan R.I.P tu. Jatuh HARAMnya bila kita ucapkan orang yang mati dalam kekufuran. Wallahu'alam... Baik tanya kat mereka yang lagi arif pasal benda2 ni...
 
Tadi gak aku ada terbaca entri seorang blogger pasal kematian Paul Walker ni dan pasal ucapan R.I.P tersebut. Dia telah ditegur oleh seseorang di laman sosialnya supaya memadamkan ucapan tersebut sebab haram hukumnya. Tu yang dia update entri dan dia luahkan dalam entri dia tu. Dia ada la sentuh skit pasal org yang tegur dia tu, tgk gambar peluk bagai la, macam2 lagi la, tapi sibuk citer pasal halal haram. Pastu aku baca gak la komen2 yang ada kt entri tu. Ada yang sokong blogger tu, ada gak yang sokong org yang tegur blogger tu. Ada gak yang x sebelah mne2 pihak...
 
 
Kat sini aku just nak berikan pendapat. Rasanya, x kisahlah macam mne background seseorang tu, baik ke buruk dia, kalo dia tegur kita disebabkan kesalahan kita dan memang jelas kita salah, kita kena terima dengan seadanya. Kenapa? Sebab lumrah manusia, kita xkan nampak kesalahan diri sendiri. Sebaliknya kita suka bercakap pasal orang lain, walhal dalam Islam menyuruh umatnya sentiasa Muhasabah Diri.
 
Nasihat aku, sebaiknya jika sesiapa tegur kita disebabkan kita membuat salah, kita seharusnya terima dengan hati yang terbuka dan cuba perbaiki kesilapan diri. Dan jika kita nampak seseorang membuat salah, tegurlah dia. Itulah yang diajarkan oleh Islam kepada kita semua. Tegur-menegur kepada kebaikan adalah satu amalan yang sangat terpuji. Sebab tu manusia dijadikan dengan bermasyarakat, supaya kita dapat menjaga dan mengingati sesama kita. Tapi perlu diingatkan, ada adab dalam menegur. Jadi tegurlah secara baik dan elok supaya tidak timbul rasa sakit hati.
 
Aku juga berharap semua yang membaca dan mengikuti blog aku ni, akan tegur jika ada kesalahan dan kepincangan sepanjang aku mengarang entri2 di blog ni. Andai ada yang terasa hati, aku mohon ampun dan maaf. Bukan niat nak menyakiti, tapi memperbaiki. Akhir kata, Islam itu indah, jangan kita rosakkan dan cacatkan keindahannya... Yang baik tu datangnya dari Allah, yang buruk datang dari diri aku sendiri. Wasalam... Adios!!!
 
 

5 comments:

Kirin Selama Perak said...

semua pakat nak tunjuk hebat. kahkahkah

tenku butang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 742
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

hazwan hairy said...

mcm2 dorg ni tu pun nk sedih..haha..

TeTo YakSa said...

Yang pergi tetapLah pergi.. yang hidup bersedia untuk pergi... Takziah buat keluarga PauL...

joehaz said...

entahla.. kadang2 isu tegur menegur ni boleh jadi isu lain, yg lari dari topik asal. biasala, manusia kan.