Friday, November 22, 2013

Kenapa Aku Senyap?

Senanya aku nk stori skit pasal kejadian mlm semalam ngn malam tadi. Biasa la kalo dah katanya orang bujang, melepak sambil minum dan sap kok tang dulu... Lepak sambil sembang2, menghabiskan sisa2 remaja sebelum beralih ke zaman dewasa. Sigh =.="
 
Sori k, ini bukanlah aku atau membe aku tu. Sangatlah tidak komersial rupa beliau. Errr.... Alkisahnye cenggini, malam tadi tengah2 lepak sambil aku mendengar keluhan rasa membe aku ni, dia tetibe tanya, "kenapa kau senyap je ni...?" Aku x jawab, hanya senyum je...
 
Aku biarkan dia habiskan bebelan dia sampai dia puas. Then, dia minum air dan cakap aku, "aku dah penat..." Terkekeh aku gelak. Owh, penat eik? Ingat x tau penat tadi. Duk bebel je... Lama kot dia membebel, ada la dalam 2 jam non-stop. Pastu dia tanya lagi kenapa aku senyap. Setelah yakin yang dia dh betul2 penat, aku pun jawab la, "dah ko membebel non-stop, xkan aku nak bersuara plak. Kang menjawab boleh jadi gaduh ooo..."
 
 
Dia tersentap kejap. Hahahaha... Aku gelakkan dia lagi. Aku bukan apa, aku x berapa suka nak mencelah bila orang tengah bercakap, sebab aku pun x suka orang buat macam tu kat aku. Mengganggu dan boleh membantutkan percakapan dan pemikiran. Amboii.... Hahahaha....
 
Kalo nak ikutkan, banyak gile benda yang dia bebelkan malam tadi. Rasanya meliputi segenap aspek termasuklah kesihatan, komuniti, moral, ekonomi, negara, politik... Kalo nak ikutkan, aku lagi  letih dengar dia bebel. Tapi kalo suruh stop kang majok plak... Dah la kuat majok si beliau tu. Hehehehe... Jadi aku layankan je la walaupun cair meleleh dah taik telinga aku mendengar. *cett, pengotor sungguh ko ni abam koqin*
 
Dah la, aku pun malas nak bebel pepanjang sangat. Bukannye ramai pun yang nk baca penulisan mengarut aku. Dah la blog pun x best. Sangat x komersial kan... Bhahahaha... Adios...!!!
 
p/s: kenalkan la blog aku ni kat memembe korang. Sian kat aku yang picisan ni. Kehkehkeh 

 

1 comment:

joehaz said...

Lepas baca 4 5 entri blog bro ni, blog ni boleh tarik minat org nak baca. kenapa? sbb bahasa santai, lebih kepada kisah sendiri bukan kopi pes, dan cepat loading.

lepas ni, cuba bro set 1 date, cthnya bulan jan 2014, bro aktif utk update, atleast 5 entri seminggu. tapi jangan update tak tentu hala. cari 1 tajuk, update dgn santai+susunan ayat kemas+fakta sikit+gambar saiz besar sikit yg sesuai.

kalau takde topik, tu yg jadi masalah, org mls nak baca.