Malas rasanya nak menaip. Xtau la kenapa. Mood nak menaip langsung xde sejak kebelakangan ni. Nak kata kerja banyak sangat kat pejabat, x jugak. Mungkin sebab aku memang malas kot. Hehehe...
Sebenarnya aku nak kongsi sesuatu. Semalam tiba2 aku terdetik nak memanjat gunung ni. Saje2 la aku bagitau membe aku. Tiba2, dia jadi serius ajak aku join naik Gunung Kinabalu tahun depan. Aku pun apa lagi, terus membuak2 minat aku.
Memang aku minat aktiviti2 macam hiking, climbing, trekking dan outdoor activities macam ni. Aku rasa seronok kalo dapat join. Jadi aku tanya la details pasal nak memanjat gunung ni. Membe aku just bagitau, yang aku dah boleh start buat fitness kalo betul2 nak join.
puncak Gunung Kinabalu |
Sebenarnya aku belum decide samada nak join atau x. Tapi memang aku betul2 berminat nak join. Kemungkinan besar diorang akan pergi sana dalam bulan 10 tahun depan. Kire sempat lagi la kalo aku nak buat fitness, dan dapatkan step untuk memanjat gunung tu nanti.
Membe aku ni memang jenis yang suka benda-benda macam ni. Aritu pun dia baru je panjat gunung Kinabalu ni. Agak2nya, patut x aku follow skali? Minat tu memang minat, tapi aku kena tengok dulu jadual aku untuk tahun depan cemane. Takut nanti aku dan plan something, then clash plak kang. Last2, aku bagitau membe aku yang aku akan kompemkan dengan dia awal tahun depan samada aku nak join atau x.
Ke ada sesiapa nak ajak aku panjat mane2 gunung lagi? Jom la. Kat negara kita ni banyak gunung dan bukit yang boleh kita panjat ni. Setakat ni, aku belum lagi penah panjat gunung. Bukit je aku dah try. Tu yang eksited nak g tu. Bukit yang aku dah panjat hanya Broga ngan Jerangkang. Bukit Jerangkang tu memang terbaik lah. View dia sangat lah lawa. Dengan air terjun yang sangat tinggi lagi, memang terbaik lah...
Lagi satu kenapa aku suka panjat tempat tinggi ni adalah, aku suka ambik gambar pemandangan. Sebab tu la aku teringin nak tangkap sendiri gambar pemandangan dari atas puncak Gunung Kinabalu tu. Asyik tengok gambar yang orang lain tangkap je, mane syok. Pape pun, buat masa ni aku ngah memikir samada nak follow ke x geng aku yang satu lagi untuk ke Krabi bulan 2 tahun depan... Hurmmm.... Adios...!!!
Krabi Island |
1 comment:
dua2 tempat ni best weh..sila lah pegi blh snap pic yg cntik2....
Post a Comment