Thursday, May 30, 2013

Rasa Terpinggir

Diketepikan, dipinggirkan, tidak dihiraukan dan semua yang sengakatan la. Kekadang kita sendiri xtau kenapa perasaan ni wujud. Adakah ini hanya mainan perasaan kita je, atau betul2 berlaku?

Korang pernah rasa mcm ni x? Aku selalu gak rasa. Kadang2 tu sampai buat aku stress sebab benda ni sangat mengganggu kehidupan aku. Kalau kita bercakap pasal bnda ni, selalunya akan dikaitkan dengan hubungan persahabatan la. Hari2 kita dikelilingi oleh kawan2, betul x?

Ke ada antara readers aku ni hidup sensorang, hanya bertemankan gajet dan rumah atau apa je selain manusia? Xde kot. Mesti semua ada kawan masing2. Tapi pernah x korang rasa yang sampai satu masa, korang akan rasa dipinggirkan? Tetiba je kalo kuar g lepak je, jenjalan ke, korang x akan diajak seperti biasanya. Hurmmm.... Kenapa eik?


Aku pun xtau mcm mne nak jawab persoalan tu, sbb bnda ni x berapa jelas permasalahannya. Atau semua ni hanya mainan perasaan kita je? Bagi korang macam mne? Aku xtau la, tapi ini yang sedang berlaku dengan diri aku skang ni. Tetiba je membe yang selalu lepak skali, x berapa nak bercakap sgt ngn aku, x ajak kuar g lepak memane dh, pastu kalo kat ofis, tetibe je hilang ntah kemana. Padahal sebelum ni, kalo nk kemana pun selalunya lah, dia akan bgtau kat aku.

Mungkin ada seseorang yang lebih layak untuk dia berkongsi dan menghabiskan masa berbanding aku skang ni. Atau mungkin ada sesuatu yang dia xnk aku tau. Atau jugak aku dah x diperlukan lagi? Ke macam mane? Hehehehe... Agak emosional entri kali ni eik. Sebabnya aku xtau nak luah kemana lagi, bila mereka2 yang aku rapat mcm dh xnk share pape lagi skang ni ngn aku.


Xpela, aku anggap je la ni mainan perasaan aku. Sebab aku xnk panjangkan benda ni. Banyak lagi kerja yang kena aku buat, banyak lagi benda aku nak fikirkan. Tambah2 lagi skang ni sibuk ngan training untuk game yang akan datang. Apa2 pun, aku cuma harap yang semuanya akan kembali seperti sedia kala. Sapa yang x sayang kengkawan kan. Aku x pernah buang membe dri hidup aku kalo diorang x buat pape masalah dalam hidup aku. Adios...!!!


1 comment:

bukankosong said...

kdg tu perasaan je

suka atau tidak mereka pada kita, adalah hak mereka, kita takleh paksa

tp yg tak baik ttg kita tu sama2 muhasabah diri