Tuesday, May 21, 2013

Budaya Sempit Orang kita

Ok, budaya sempit, bukan budaya kolot. Budaya sempit ni lahir bila individu tu amalkan pemikiran yang sempit (narrowmind). Aku x tuju kepada semua, tapi kebanyakan yang aku jumpa. Dan aku juga x ckp yang budaya ni x elok, cuma aku pelik. *ke aku yang pelik? hahahaha*

Aku hanya mengutarakan pendapat, bukannya suh sesapa nak percaya atau ikut tau. Jom tengok...

KATA GANTI NAMA DIRI

Ok, ni yang paling obvious skali. Penggunaan kata ganti nama diri mcm 'saya awak', 'aku kau', 'gua lu', 'I you' dan lain2 la... Ok, dulu ramai yang pandang pelik kalo kita bahasakan diri saya awak dengan memembe. Tapi tu dulu la, skang ni dah makin ok, diterima oleh org ramai dah, terutamanya antara membe lelaki ngn lelaki. Yang belum boleh diterima adalah penggunaan I You... Kenapa eik? Apa bezanya korang cakap I You dengan saya awak, aku kau, gua lu? Kenapa byk yg aku tanya, mesti tanya, "korang kapel ke? Gay ke apa?" Sigh..~~


PENGGUNAAN PERKATAAN 'I LOVE YOU' / SAYANG

Ni lagi satu yang aku pelik. Apa beza 'aku sayang ko' dengan 'i love you'? Bagi aku sama je, xde beza pun. Jadi, x kisah la nak guna mane2 pun kt sesapa je yg aku sayang, betul x? Kawan, famili atau sesapa je, bukannya untuk kekasih je yang belum tentu kekal sampai akhir hayat. Please la x payah nak sibuk sangat mengata bagai kalau aku panggil besfren aku sayang, sukati aku la. Besfren aku pun senyap je x cakap apa. Sebabnya, dia je yang kenal aku luar dan dalam... *opss...ade yang terasa la*
BERTANYA SOALAN YANG JELAS JAWAPANNYA

Rasanya x yah nak stori lelebih kot pasal ni, sebab semuanya dah sedia maklum. Contohnya, jumpa kat pasar ngah belek2 ikan nak beli, ada orang tego kita, "beli ikan jemah...??" Motif tanya soalan mcm tu? Dah terang2 dia ngah belek ikan, bukannya biawak. Ntah la...~~
Dah la kot.... Malas nak memikir bebanyak. Rasanya korang sendiri boleh pikir, dan nilai sendiri. Memang aku pelik, kadang2 tu benda2 yang remeh pun mau dibesar2kan, padahal xde beza pun dgn apa yang orang lain buat. Aku taip ni berdasarkan apa yang berlaku kt diri aku, bukan org lain. Korang lak macam mane?? Adios...!!!
Me and my late friend. Miss him so much~~ Alfatihah


1 comment:

Rozuan Ismail said...

It's just language. tak de masalah apa2 pon I you ke saya awak ke dgn laki sama laki or laki sama pompuan. I bersetuju. org kita cepat sangat menghukum apabila merasakan sesuatu yg pelik.