Friday, February 1, 2013

Kecuaian Diri Sendiri

Sejak kebelakangan ni, banyak betul benda yang terjadi yang membuatkan aku termenung jauh. Sejak dari bulan lepas lagi, aku dan kehilangan macam2 benda. X tau la, memang aku akui yang ini semua atas kecuaian aku sendiri.
 
 
Mungkin ini merupakan satu petanda untuk aku dari-Nya kerana sering melupakan Dia. Mula-mula, aku kehilangan henset Blackberry dan wallet. Itu cukup membuatkan aku pusing kepala. Alhamdulillah, aku dah gantikan henset yg hilang tu dengan henset yang baru selang beberapa hari kemudian.
 
Kemudian, tanpa disangka, pada 01 Januari 2013, semasa org semua sibuk menyambut tahun baru, aku pula kehilangan sahabat baik aku. Dia telah pergi meninggalkan aku buat selamanya. Sedikit sebanyak aku menyalahkan diri aku sendiri, kerana hampir 2 bulan aku langsung x bertanyakan khabar berita apatah lagi menjenguk arwah. Lagi sekali aku duduk termenung. Hampir seminggu aku bertemankan airmata. Alhamdulillah, skang aku dah semakin tenang disebabkan sokongan dari mereka yang berada di sekeliling aku.
 
 
Pada minggu lepas, aku sedikit gelabah kerana kamera yang aku bawa ke Tasik Kenyir kerana ada program hilang. Ni pun disebabkan kecuaian aku yang suka letak barang merata. Hampir 3 boathouse aku cari, akhirnya seorang kawan telah terjumpa kamera tersebut dan memulangkannya. Alhamdulillah...
 
Dan yang terbaru, aku baru je kehilangan Galaxy Note 10.1 yang baru saje berusia 2 bulan dalam genggaman aku. Lagi skali aku terpaksa menganggung sakit akibat kecuaian aku sendiri. Ketika hendak pulang dari kedai makan, aku hanya mengambil beg galas dan terlupa Note tersebut yang hanya berada di tepi beg. Bila sedar kehilangan Note aku tu, aku kembali ke kedai tersebut, tapi dah xde. Hurmm... Hampir bernanah telinga aku akibat dibebel oleh sahabat aku.. Tapi aku terpaksa terima sebab aku tau, ni memang salah aku sendiri.
 
 
Ujian demi ujian aku terima. Ada yang berat, ada yang sangat berat bagi aku. Tapi nak x nak, aku terpaksa terima. Sebab hanya satu benda je yang aku, Allah xkan menguji aku lebih dari keupayaan aku. Mungkin kehilangan yang aku alami ini, disebabkan Allah ingin mengurniakan aku sesuatu yang lebih besar. Dan yang paling penting, ini merupakan peringatan untuk aku yang begitu banyak melupakan-Nya... Jadi, aku mohon kepada semua rakan2 aku yang lain, sentiasalah muhasabah diri. Sentiasalah ingat kepada-Nya yang sentiasa memerhatikan kita. Moga segalanya akan berjalan dengan lancar. In Shaa Allah.... Adios...!!!
 
 

3 comments:

Hafiz Hafizol said...

len kali jgn cuai-cuai lagi yer abam :)

inche hlovate said...

erm kena lebih fokus ni

*ada kena mngena ke haha

Unknown said...

wuish...lenkali kena letak gps kat semua benda..wallet, smartphone, kasut, kereta, rumah, motor
KAlau boleh, botol air pun letak gps..huhu