Friday, January 11, 2013

Membina Keyakinan Diri

Alhamdulillah... Sekarang aku sudah mula mendapat balik keyakinan diri untuk mengharungi kehidupan seperti sediakala. Memang peristiwa itu xkan pernah aku lupakan. Tapi aku harus cuba untuk bangun kembali dari kemurungan dan kesedihan...

Di samping itu, aku juga nak berterima kasih kepada semua kawan-kawan yang banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat pada aku untuk terus bangkit dan maju ke hadapan. Betul lah, lagipun benda dah jadi, kita xkan dapat mengulanginya balik. Yang pergi, akan tetap terus pergi. Bagi aku yang hidup ni, aku mesti teruskan kehidupan...

Kejadian itu gak sedikit sebanyak menyedarkan aku dari terus terlena dan leka, bahawa ajal itu x pernah mengira masa dan tempat. Sekiranya ajal kita pada masa tersebut, kita xkan dapat melarikan diri dari perkara itu. Sedih, memang aku masih sedih. Tapi aku kena jugak kuatkan diri.


Kali ni, aku cuba utk mem-bizikan diri dengan kerja aku. Setelah aku bawak diri selama beberapa hari untuk menenangkan diri, skang aku dah mula bertugas seperti biasa. Kerja aku skang ni pun makin bertambah dari hari ke hari. Aku diberi satu task yang aku sendiri x jangkakan. Pengarah Jabatan aku menyuruh aku untuk melakukan beberapa design untuk beberapa program. Brochure, t-shirt dan macam2 lagi. Arini je aku kena setelkan satu design untuk tujuan promosi.

Berat memang berat, memandangkan aku langsung xde basic dalam bidang design ni. Tapi aku akan cuba untuk melakukan. Alhamdulillah, dah 2 design setel, dan kedua2nya diterima oleh Pengarah Jabatan aku dan tunggu masa untuk dicetak dan diedarkan. X sangka, ada gak yang suka dengan idea aku... Hahahaha...

Apa2 pun, aku bersyukur kerana dikelilingi oleh rakan2 yang sering menyokong aku dalam melakukan sesuatu perkara. In sha allah, aku akan cuba untuk terus melakukan sesuatu kerja dengan lebih tekun dan optimis. Aku pun yakin, kawan2 aku yang membaca juga boleh lakukan perkara yang sama... Ye kan...??? Adios...!!!


2 comments:

ZWAN SABRI said...

Alhamdulillah.. btw good luck utk design tu suma.. ;)

inche hlovate said...

jadikan yg lepas tu sebagai pengajaran