Amboi, tajuk xmo nak kalah. Bila baca, melayu habis. Tajuk je gigih dalam english bagai. Hahahaha... Well, you know me. I sound stupid when I speaks Malay. Ok, cukup. Kang ada yang menyampah plak dengan statement tu.
Rindunya menaip blog. Lama sungguh x menaip. Sampaikan jari jemari ni terkial-kial, emikirkan dan menyusun bunga kata untuk diisi ke dalam entri dan dibaca oleh korang semua dengan baiknya... Amboi, bersastera plak... Muahahaa...
Sebenarnya, aku just nak share ngan korang yang aku dah pun ditukarkan dari pejabat cawangan ke ibu pejabat. Suasana kerja memang tersangat-sangatlah berbeza. Dari cara kerja, pemakaian dan waktu rehat semuanya lain. Maklumlah, dulu duk cawangan sendiri. Xde sapa yang nak kawal, kitalah 'raja' kat situ. Orang lain yang kena dengar cakap kita. 'Bos Besar' la katakan... Hehehe...
Kalau nak diikutkan, duduk HQ ok je, walaupun banyak kerja. Yang membuatkan aku suka adalah suasana kerja yang kurang stress berbanding di cawangan. Memang duk cawangan x berapa nak banyak sangat kerja, pastu pakai t-shirt dan selipar je, baju kerja standby je kat ofis ngn kasut. Tapi sangat lah membosankan sebab sorang2 je. TV memang la ada, tp larat plak nak mengadap TV dari pagi smp ke petang. Kan kan kan...???
Kat HQ ni at least banyak membe, sambil wat keja sambil sembangdan gosip sume. Hahaha... Dan leh gak la kenal budak2 yang baru masuk. Ada ke patut, budak2 baru yang tanya aku sapa?? Patutnya aku yg tanya diorang sapa. Betul x? Tapi xpela, tu merupakan salam pengenalan la. Skang ni, aku semakin selesa duk kat HQ.
Cuma satu benda je aku nak mintak, 'Bos... Mana meja ngan PC untuk saya??' Hahahaha... Dah masuk 2 minggu, aku wat kerja tumpang pc orang lain. Kejap sini, kejap situ. Hurmm... Xpela, nasib baik aku ni penyabar orangnya. Apa2 pun, aku mahupun sesiapa je, kita perlu untuk cuba sesuaikan diri dengan keadaan baru. Bukan keadaan yang perlu disesuaikan dengan kita, sebab kita yang baru, bkn suasana dan keadaan. Happy Working guys...!!! Adios...!!!
No comments:
Post a Comment