Wednesday, December 28, 2011

Dengkinya Tengok Diorang...

Serius, mmg dengki tgk diorang ni... Bile la aku leh jd mcm diorang... Dlm kehidupan setiap org, mmg xleh nk lari dari sifat dengki. Tu dh memang lumrah dunia. Sifat dengki adalah sifat negatif yg boleh digunakan ke arah kebaikan. Percaya atau x, itu mmg satu fakta yg aku sendiri wat.. Muahahaha...



Aku pun sebenarnya x lari dari sifat dengki tu. Kdg2 aku terfikir, leh ke aku jd mcm diorang tu...?? Yela, tgk org lain, muda2 lagi dh berjaya dan mewah. Dah ada kete sendiri, rumah sendiri, kedudukan tinggi dlm organisasi, dan mcm2 lagi. Tapi tu la, rezeki tu adalah mengikut kehendak Allah.
 
 
Td aku ada bgtau yg, sifat dengki tu kita leh guna ke arah kebaikan. Mungkin ada yg kerutkan dahi dan x percaya, tp ini sbnrnye x mustahil. Memang kita dengki, tp x bermakna kita perlu memerah otak keparat kita utk menjatuhkan org lain. Kita perlu ubah corak pemikiran kita ke arah yg lebih positif, dengan menjadikan sifat dengki kita tu sbg pendorong utk berusaha lebih bijak supaya dpt menyaingi org yg kita dengki tu.

Kalo dia leh berjaya, masakan kita xleh. Dia tu sape...?? Manusia biasa gak. Kita pun manusia gak. Xde yg lebihnye kt dia berbanding diri kita ni. Jadi, kita renungkan balik ke dalam diri kita, mana silapnya. Mungkin tahap keMALASan kita terlampau tinggi, tu yg wat kita x mampu menandingi org lain. Tak pun, sifat kita yg cepat give up setelah gagal dlm satu2 perkara.


Aku pun kdg2 terbuat gak benda2 ni. Malas dan cepat give up. Tapi bila aku fikir balik, sampai bila...?? Kata nak berjaya, tp xnk usaha lebih. Skang ni, aku target nk miliki sebuah rumah sendiri, paling lewat pun akhir tahun depan. Doakan aku mampu utk mendapat dlm jangkamasa target aku tu k. Aku pun doakan korang agar berjaya dlm kehidupan korang gak... Adios...!!!



1 comment:

Unknown said...

dengki untuk kebaikan boleh kan