Saturday, September 15, 2012

Rentetan Peristiwa Hari Penubuhan Malaysia

Mcm yg sume dh sedia maklum, setiap 16 Sept adalah Hari Malaysia. Kalo kat sekolah sume belajar pasal sejarah negara kita, penubuhan Tanah Melayu & juga Malaya, tapi aku x sure kalo sejarah penubuhan Malaysia dh dimasukkan ke silibus ke lum. Xpe, biar aku kasi tau korang sume k..


Kali ni kita sembang pasal sejarah la jap eik. Kasi segar balik pale otak ni. Jangan duk sibuk suka suki je, tp xtau mcm mne Malaysia tertubuh. Tapi aku xde la citer pasal sejarah penubuhan, aku just nak share pasal rentetan peristiwa sepanjang penubuhan Malaysia...

RENTENTAN PERISTIWA

27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah


18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak

6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia.



4 comments:

Primadona said...

yeah.itulah sejarah Penubuhan Malaysia.Tapi saya masih tak berpuas hati kenapa masih ada page2 diluar sana yang menghina penduduk sabah dan sarawak.Ini bukan mengungkit kalau sabah dan sarawak tak join Malaysia sampai sekarang tanah melayu tak ada apa-apa.

wan azie said...

alamak...result sejarah ta bape santek la....




btw, perkongsian y bgus....hehehhe

eddie.my said...

Bersyukur atas apa yng dinikmati sekarang .... Moga Malaysia kekal harmoni dan aman damai ... Selamat Hari Malaysia ...

adan said...

Owh mcm tu ka.. Maksudnya malaysia tertubuh pada 16september kan.. N malaya merdeka pada 31ogos57..so,selama ni sabah sarawak meraikan kemerdekaan tanah malaya je? Camtu? Btw thanks sharing bro..