Macam ni la, kalau dah kena keje masa orang sibuk rehat2 dan merayap waktu cuti. Hahaha... Untunglah korang yang dapat rehat time cuti2 mcm ni, aku je mcm orang gila kena keje.. Aishh.. Bukan aku yang gile, tp bos.. Opss... Hahahaha...
Maaf, muka aku x sebegitu buruk macam gmbr di atas.. Harap maklum...!!! Hahaha... Dan aku sedang tersenyum masa menaip entri ni, bukan bermuram durja.. *skema gile bahasa* Sebenarnya aku nak kongsi skit pendapat aku la pasal isu yang ngah panas skang ni, iaitu pasal pembikinan filem "Innocence of Muslims". Betul kan tajuknya yg ni?
Aku dpt gak tgk yg umat Islam satu dunia mengecam filem ni dengan melakukan demonstrasi bantahan di hampir segenap negara di dunia ni. Ya...!!! Aku pun turut "panas" dengan orang yg buat filem ni. Filem mcm ni x sepatutnya wujud apatah lagi dibenarkan untuk ditayangkan di Youtube. Apa yg aku tau, pihak Youtube masih enggan membuang video itu dari laman tersebut. Boikot youtube? Korang mampu ke nak buat?
Rasanya susah kot... Sebab byk warganegara kita sendiri yang selalu layan video2 kt situ kan? Tapi bagi aku, memang langsung x patut la. Xpayah la sibuk2 nak buat citer pasal agama orang lain. Agama sendiri tu je amek tau. Ntah katam ke ntah ajaran agama sendiri, yg sibuk2 nak wat citer pasal agama org lain... Dan apa yg aku tau gak, persatuan gereja2 pun menentang sekeras-kerasnya filem ni sbb dikira menjatuhkan agama Islam.
See... Kalau nak diikutkan, kita memang dilarang mengaitkan apa2 agama dalam pembikinan filem, apatah lagi yg buat citer tu bkn dari agama yg diceritakan. Mind your own business...!!! Walau apapun, aku nak nasihatkan kepada semua saudara seagama aku, kita boleh untuk membidas filem ini sebab ianya berkenaan dengan kesucian agama kita dan maruah junjungan besar Rasulullah s.a.w. Tapi jangan sesekali kita turut serta membuat filem2 berkenaan agama lain sebagai tanda protes kita, sebab ianya samalah seperti kita meletakkan diri kita setaraf dengan org yg jahil laknatullah tu.
Selebihnya, kita hanya perlu melakukan solat sunat hajat dan berdoa agar agama kita terus dan tetap dipelihara dari segala fitnah kaum yg dilaknat Allah dan juga membuka hati penganut agama selain Islam agar terbuka hati mereka untuk menerima agama Islam sebagai petunjuk menuju ke jalan yang diredhai-Nya. Itu yang sebaiknya.. Insyaallah... Adios...!!!
1 comment:
semoga Agama Islam terus terpelihara. Sedih bila dpt tau ada filem tu
Post a Comment