Aku makin jelik dengan perangai segelintir manusia yang suka membuat kenyataan tanpa usul periksa atau bukti yang sah. Apa kes...?? Dah cukup ilmu sangat ke nak berbicara...??
Aku bukannya nak menjatuhkan sesiapa, tapi kalau boleh, berfikir la dulu sebelum bercakap. Jangan main lepas je. Lagi2, bab2 hukum hakam agama ni... Sebenarnya kalo nak diikutkan, sape la kita ni nk membicarakan pasal hukum Allah. Hanya alim ulama' je yang boleh bercakap pasal hukum, jd jangan la memandai nak menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu.
Ok, aku x nafikan memang banyak buku2 ilmiah yang dijual bagi menambah ilmu. Aku juga x nafikan kebenaran buku2 tersebut. Kita juga memang digalakkan untuk membaca. Tapi korang tau x yang kita lebih digalakkan berguru dengan mereka yang arif pasal agama ni? Buku tetap buku, kita boleh membaca dan memahaminya seperti biasa. Tapi manusia jugalah guru yg lebih baik untuk dijadikan rujukan.
Kenapa? Sebabnya, kita ditakuti akan mensalah tafsirkan maksud yg terdapat dlm buku2 yg kita baca tu. Sebab itu kita digalakkan berguru dgn manusia sbb kita lebih mudah utk berkomunikasi lebih2 lagi bila kita x faham akan sesuatu. Jadi, sbg langkah terbaik, bacalah buku dan bertanyalah kpd manusia. Manusia ni merujuk kepada mereka yang arif dlm bidang2 tertentu eik. Maksud aku, kalo x faham pasal fiqh, tanyelah mereka yg arif pasal fiqh. Kalo x paham pasal syariah, tanye la yg arif pasal syariah, dan mcm tu la seterusnya...
Aku tau niat tu baik, nak menyedarkan org lain. Tapi perlu kena dengan caranye. Kalo x arif lagi, lebih baik kita berdiam diri drpd menyampaikan benda yg salah. Benda ni dh byk sgt berlaku. Aku pun bukanlah pandai mana, masih dlm kategori jahil lagi, sebab aku masih byk bnda yg kena belajar. Aku cuma xnk diri aku dan korang sume jd mangsa ajaran2 yg sesat dan x sepatutnya... Mohon dihindar dari sume tu. Nauzubillah... Adios!!!
p/s: sekadar mengingati antara sesama kita
1 comment:
tepat!
berdiam diri lagi baik
salah maklumat,habis!
Post a Comment