Friday, September 9, 2011

Kim Kardashian Belum Mampu Lagi?

Korang sume kenal ngan Kim Kardashian x..?? Xkan la x kenal kan.. Awek yg hot tu.. Perghh..mesti terliur la kalo dpt tgk live depan mata... Huhuhu.. Aku mmg dh lme admire kt dia. Penah gak dulu sms2, mms n kol, tapi tu dulu la. Mse sekolah.. Skang dia dh femes, huh...pandang aku pun x.. Xpela.. Lumrah dunia, ble ngah popular xkn nak ngan org mcm aku ni kan.... Huhuhu...


Ok, abaikan apa yg taip kat atas.. Nak tau apa yg Kim ni x mampu lagi, jom layan artikel ni...

Walaupun namanya telah meraih publisiti luar biasa, namun rupa-rupanya nama Kim Kardashian belum layak diabadikan di Hollywood Walk of Fame. Ini kerana pihak organisasi yang mengelola penghargaan buat para selebriti ternama Hollywood itu baru sahaja menyatakan bahawa mereka tidak akan menyenaraikan bintang rancangan realiti untuk Hollywood Walk of Fame.
Setelah menerima pertanyaan mengenai potensi untuk Kim diabadikan namanya di Hollywood Walk of Fame, pengelolanya lantas mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook yang berbunyi - "Seseorang sempat bertanya, adakah kami akan memberi penghargaan kepada bintang rancangan realiti (Kim Kardashian)? Jawapannya, semestinya tidak!"
Kenyataan itu bagaimanapun segera mendapat beberapa komen dan sebahagian besar menyokongnya.
Sehingga kini, selebriti yang namanya disenaraikan untuk menerima penghargaan itu harus dipersetujui oleh Hollywood Chamber Of Commerce dan selebriti tersebut harus menghadiri upacara rasmi bagi meraikan pengiktirafan tersebut.
Selain itu, ia juga bukan percuma yang mana setiap selebriti yang terpilih perlu membayar sebanyak AS$30,000 (RM89, 000) bagi kos pembuatan, pemasangan dan penjagaan plak yang tertulis nama mereka di Hollywood Walk of Fame itu.
Naib presiden perhubungan media yang juga penerbit upacara penghargaan ini, Ana Martinez berkata Hollywood Walk Of Fame hanya akan diberikan untuk individu yang terbabit dalam dunia hiburan, berprestij dan berjiwa sosial.


Adios...!!!