Tuesday, July 5, 2011

Lelaki & Memasak

Mungkin ada lagi sesetengah individu yang kurang familiar atau kurang senang ngan tajuk entri aku kali ni. Walaupun bagaimanapun, aku percaya ramai yang sudah membuka mata berkenaan hal ini. Lelaki dan memasak bukanlah perkara baru sebenarnya di negara kita ni. Kalo nk tau lebih lanjut, jom kita layan entri ni sampai habis...


Zaman sekarang, kaum lelaki bukan mcm zaman dahulu, semuanya meletakkan tugas kepada wanita. Itu semua cerita lama. Tetapi, bukan bermakna kesemua sekali lelaki sudah berubah. Ada yang masih mengamalkan budaya tersebut. Itu bukanlah sesuatu yang pelik dan langsung tidak menghairankan.

Percaya atau tidak jika aku katakan bahawa lelaki yang pandai memasak lebih hebat daripada wanita..?? Hahaha..relik dulu wanita2 sekalian. Bukan apa, mksud aku, kiranya lelaki hebat sebab boleh menguasai perkara yang memang dimonopoli wanita suatu ketika dulu. Tapi itu dulu.. Sekarang ni pun kalo kita sume tgk, kebanyakan chef2 terkenal adalah tergolong dari kalangan lelaki. Contohnya, Gordon Ramsay, Jamie Oliver, Wolfgang Puck, dan yang paling dekat ngan kita, Chef Wan. Nah...diorang ni sume bukan calang2 chef. Semua terkenal dengan kehebatan diorang dalam bidang memasak.

Kat sini gak, aku nak share beberapa fakta mengenai Lelaki & Dunia Masakan:
  • Istilah Gastrosexuals merujuk kepada kelompok lelaki yang menjadikan memasak di dapur sebagai hobi yang utama.
  • Menurut kajian American Food Channel, hampir 60% chef2 di hotel terkemuka seluruh dunia dimonopoli oleh golongan lelaki.
  • Amat jarang sekali kaum lelaki memakai apron ketika memasak di dapur.
  • Biasanya masakan yang dimasak oleh seorang lelaki jarang mendapat rungutan tetapi berbeza jika ia dilakukan oleh wanita.
  • Menurut survey, lebih 60% wanita seluruh dunia menganggap lelaki yang mahir memasak adalah seksi dan mampu menarik minat wanita terhadap mereka.
  • Di Malaysia, menu utama masakan lelaki bujang adalah telur goreng, sardin, ikan kering dan telur masin. X ketinggalan kicap sebagai pewarna dan perasa.
Ada sebahagian tanggapan yang aku kurang bersetuju berkenaan tajuk entri kali ni, iaitu terdapat segelintir yang berpendapat bahawa lelaki yang suka memasak didapur adalah lelaki lembut. Aku amat bangkang fakta yang dikeluarkan ini kerana ianya tidak benar sama sekali. Aku menyeru kepada sume skali agar berfikiran dengan lebih terbuka berkenaan isu2 sebegini. Memasak bukanlah sesuatu yang sepatutnya dikuasai oleh sesuatu golongan saje. Ianya tidak termaktub dalam mana2 kitab menyatakan bahawa lelaki tidak boleh memasak apatah lagi menguasainya.

 Jamie Oliver & Gordon Ramsay

 Chef Wan & Wolfgang Puck

Jadi, kita sebagai golongan yang semakin terpelajar, berteknologi dan maju ke hadapan, usahlah kita mempunyai tanggapan yang amat kolot. Memasak adalah sesuatu yang menarik. Ianya sungguh hebat jika lelaki mampu menguasai bidang ini. Bagi sesapa yang belum lagi mencuba, korang patut try. Memasak mampu menyerlahkan personaliti kita, menunjukkan kreativiti dan juga mampu mengurangkan stress. Adios...!!!

p/s: jgn lupa usha vlog aku yg terbaru


11 comments:

aizamia3 said...

memasak hanya sesuai untuk lelaki lembut..? oh tidak.. sebab en. suami telah membuktikannya.. sebab en. suami lagi pandai masak dari ai.. hikhikhik.. ai suke.. ai suke..

Mrs. Amad said...

i agree laki lagi pandai masak. Sbb pd sy, org yg pandai masak depends pada taste die. Kalo die pny taste mkn tinggi, means die taw bape byk garam nak buh, ape yg kurang n apa yg lebih dlm masakan. N of kos laki mmg terer bab2 taste mkn ni kan..

BRO_MONDAY said...

ai setuju, lelaki yam selalu ada kat dapur (mengemas/memasak) bukan lelaki lembut!!! ai sendiri pun selalu ada kat dapur, tolom waif masak, tolom cuci pinggan mangkuk dan kemas apa yam patut...waif ai pun amat menyenanginya...ai pun selalu gak kemas² sinki dapur di umah mertua..bukan nak tunjuk rajin, tapi ianya dah jadi kebiasaan dan dah diasuh dari kecil...ma ai pernah berpesan suatu ketika dahulu, "balong, lepas makan tu basuh terus cawan pinggan tu, senang sikit kerja ma..." sampai skam ai ingat...

p/s : ai suka memasak walopun ai ni garang oram nye..koh koh koh

[k]o{q}i[n] said...

@aizamia3: huhuhu...

@Mrs. Amad: tau xpe...

@BM: setuju gak.. sama la kita...

Fakhrul said...

aku pndai masak nasi goreng je..hahaha..eh, lpe..ngn daging black pepper2..hehehe..(tbe2 je) :D

[k]o{q}i[n] said...

@Fakhrul: kire ok la tu.. dari x reti langsung...uhuhu

Sunah Sakura said...

suka chef michael!

ZWAN SABRI said...

Lelaki klaw bab2 memasak ni, lebih terer drpd pompuan.. cuba tgk kat restoran2 ternama n hotel2 5 bintang, suma chef2 lelaki.. aku mmg tabik springla kt lelaki yg tere memasak sbb aku x pandai langsung masak.. masak nasik pown aku xtaw.. haha

MySuaraBlog: Fakta atau Auta?

[k]o{q}i[n] said...

@SS: chef micheal yg mne eik..?? huhuhu

@ZS: uikss...jgn mcm tu bro.. msk nasik tu basic thing.. kne amik tau skit...

~Kirin Selama Perak~ said...

aku rasa sekarang lelaki lagi ramai yang pandai memasak dari perempuan tetapi cuma malas ke dapur..
:)

[k]o{q}i[n] said...

@KSP: setuju...