Friday, July 1, 2011

Film Review : Transformers - Dark Of The Moon

Akhirnya, setelah beberapa hari siaran tergendala tanpa sebarang berita terbaru, hari ini aku tampil kembali untuk menghangatkan kembali suasana di blog ini yang hampir suram. Sebelum itu, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada korang sume yang sanggup jenguk ke sini walaupun ketiadaan entri terbaru dari aku. Dan juga kepada membe2 yang memberi backlink kepada blog picisan aku ini.. Terima kasih banyak2 k....


Berbalik kepada tajuk, aku berpeluang menonton citer ni pada Khamis lalu, bersamaan 3o Jun, di One Utama, Damansara bersama-sama membe aku. Asalnya, kami ingin menonton di Mid Valley Megamall aje, tapi sebab fully booked sampai ke midnight, jadi kami terpaksa mencari tempat lain untuk menonton. Kami meminta bantuan seorang lagi membe kami untuk cek online berkenaan masa dan tempat yang still available untuk tayangan filem tersebut.


Akhirnya, kami memutuskan untuk menonton di GSC, OU, walaupun bantuan yang kami terima langsung tidak membantu.. Muahahahaha... Kami sebenarnya hanya bernasib baik kerana sebaik sahaja tiba di GSC tersebut, satu hall lagi dibuka untuk tayangan jam 6 petang. Bermakna, kami berpeluang untuk menonton filem tersebut pada hari itu.


Citernye mcm transformers2 yang sebelum ni, banyak aksi dan senimatografi yang sangat memuaskan. Hasil kerja yang detail dan memberi impak kepada penonton. Cuma kekurangan filem kali ini disebabkan durasi filem yang boleh dikatakan terlalu lama dan membuatkan penonton mudah bosan. Hampir 2 jam setengah durasi untuk filem ini, membuatkan jalan cerita yang ditunjukkan agak kosong dan tidak padat.

Mungkin bagi sesetengah pendapat bersetuju, dan mungkin tidak. Terpulang kepada individu. Ini adalah pendapat aku kerana aku juga penonton yang mengeluarkan sedikit kos untuk membeli tiket untuk menonton filem ini. Tapi secara keseluruhannya, filem ini masih boleh menjadi filem yang wajib untuk ditonton. Watak2 di dalam filem harus diberikan kredit kerana berjaya membawakan watak yang diberi.


Bumblebee: always be my fav character
Sentinel Prime yang sengal

Optimus Prime yang dirasakan agak lembab dlm filem kali ni

p/s: sapa2 yang ada tiket free, leh la ajak aku skali tengok mana2 movie baru..huhuhu


3 comments:

Penyu said...

termasuk malam karang, dua kali aku pergi tengok cite ni. CGI terbaik la.. haha

[k]o{q}i[n] said...

pegi la...kali ni ngan awek yg mne lak..??

::FAIZ:: said...

tak tgk lg cite ni