Mungkin korang terkejut ngan keputusan aku ni. Tapi percayalah, keputusan aku ini MUKTAMAD. Aku mahu berenti ber-blogging sampai di sini aje. Harap korang terima keputusan aku dengan seadanya. Korang jangan risau, aku akan sentiasa blogwalking untuk mendapatkan update terbaru dari korang sume.
Kepada geng2 blogger aku, aku undur diri. Aku berdoa agar kalian semua berjaya di masa akan datang. Segala jasa dan pengorbanan yang telah kalian curahkan, akan aku ingati sampai bila2. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup aku. Berhenti ber-blogging bukan bermakna berhenti dari mengenali kalian semua. Kalian akan tetap aku ingati sampai bila2...
Jadi dengan ini, sebagai penutup bicara, korang tunggu entri terkini dari aku pada esok hari. Ini merupakan entri terakhir untuk hari ini, bukan untuk selama-lamanya. Harap maklum dan jangan salah anggap. Ber-blogging dah jadi sebahagian rutin aku, mana boleh berenti. Apa2 pun, terima kasih kerana sudi membaca dan diharapkan kalian bawa banyak2 bersabar. Bukan niat untuk menipu, cuma kalian cepat terpedaya dengan tajuk entri dan membuat konklusi sendiri.... Adios...!!!
p/s: semalam adalah sejarah, hari ini adalah kehidupan, esok adalah masa hadapan.
11 comments:
yela. macam siot je
cis tertipu aku,
nasib baca sampai habis...
laahh.. ko kenapa plak ni.. ko ade tacink dengan sesiapa ke.
weh kalo aku ada salah silap. maafkan aku yer
@The Garang: ala, lek r sayam...main2 je...
@DB: nasib baik baca...huhuhu
@tyka: nmpk sgt x baca habis...
ceh..
ingat mahu berhenti..
baru je nak BW ni
hehe
xD
drama lebih la bro haha
aku rase cam nak sepak kau je ayie..aiyee!=.=
@Eazy: Eeh, ko dtg sini la...terharunya...huhuhu
@Buck: mne ada la...
@Heziqa: erk...npe nak sepak aku lak ni..??
aku baru ja nak "maki2" manja.
rupa2nya bukan untuk selamanya.
so tak jadi
wakakakka
@KSP: huhu...lek r...
nak kene lempang mak kiah jual karipap ni.. hahahaha
Post a Comment