Be Matured
Be Open-minded
Be Rational
Be Professional
Fuhhh... Panas2..!!! Baru je nak reda kes pasal #retiss bajet tu, ni ada lagi kes baru. Tapi bukan blogger ngan retiss.. Hahahaha... Aku bukannya apa, x elok la gaduh2 ni. Kita bukannya budak kecik lagi, xleh nak beza buruk baik. Masing2 ada akal fikiran yang waraskan..?? Jadi gunalah dengan sebaiknya. Jangan sampai Allah tarik nikmat akal kita tu.
Bukan bermaksud aku ni bagus sangat, aku cuma ingin berkongsi pendapat. Jangan terlalu mengikut kemahuan emosi, buruk padahnya. Seeloknya, kita berusaha untuk memperbaiki diri dan mengambil kira setiap pandangan, komen, dan kritikan yang diberikan kepada kita. Kita xkan pernah nampak kesalahan yang dilakukan oleh diri kita sendiri. Orang disekeliling kita yang memerhati. Itulah tujuan Allah mencipta kita dengan hidup bermasyarakat. Semua tu hanya untuk mematangkan hidup dan fikiran kita sebagai manusia.
Aku percaya yang korang semua masih tertanya-tanya tentang apa yang sedang aku ceritakan ni, betul x..?? Hmm...aku cuma nk tolong, bukan nak keruhkan keadaan. Jadi lebih baik aku tak mention nama sapa2 pun kt sini. Harap2 kepada yang berkenaan, bila baca entri ni, jangan lah cepat melatah. Apa2pun, aku harapkan yang terbaik dari korang sume. Kita ber-blogging untuk berkongsi maklumat, merapatkah ukhuwah dan menambah kenalan. Bukan untuk berpuak-puak dan saling menghentam antara satu sama lain... renung2kanlah... Adios...!!!
p/s : bercakap menggunakan akal fikiran, bukan dengan nafsu dan hati yang buta
4 comments:
baik abang.
sy dengar nasihat abang..
:)
oooo..itu ceritanya..lala..LIKE :)
ye... btl tu.. :)
yeah
Post a Comment