Hai sume...!! Sihatkah?? Hahahaa...aku seperti biasa, memulakan hari2 aku dengan senyuman.. *adake..?? Senyuman adalah satu perbuatan yang sangat mulia. Tambahan lagi ia memang dituntut oleh agama kita. Banyak hikmah yang boleh kita dapat dengan berbekalkan senyuman. Tapi perlu kita ingat satu perkara, senyum tau.. bukan SENGIH... Tu adalah dua benda yang berbeza.
Hmm...jap2. Nape tetibe citer pasal senyum lak ni..?? Adoyai..salah entri. Tajuk lain, citer pasal lain. Sori eik. Kalo nak baca pasal senyum, korang klik kat -->sini. Ok, back to our topic. HATER atau erti kata lainnya adalah pembenci, mmg sesuatu yang x sume orang suke. Ini bukanlah satu benda yang positif dan patut dibanggakan. Memang tidak dinafikan, setiap orang mesti mempunyai haters.
Tapi kita perlu ingat bahawa, haters adalah merupakan pencabar terkuat kita. Kat situ la kita nak uji daya kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal kita. Haters xkan pernah berhenti untuk menjatuhkan kita. Mereka juga xkan pernah melupakan kita. Ni bermakna, mereka sangat mengambil berat tentang kita. Tapi kita semua jangan risau. Haters sebenarnya adalah pendorong kita untuk berusaha dengan lebih untuk mencapai sesuatu. Segala apa yang mereka lemparkan, adalah cabaran buat kita. Jika kita berjaya menepis dan menghindarkan segala yang dilemparkan, kita adalah insan yang sangat SUKSES. Dan yang paling penting, aku cuma nak ingatkan yang janganlah kita sesekali membalas perbuatan mereka. Sekiranya kita masih berbuat demikian, jatuhlah martabat kita kerana kedudukan kita dan mereka adalah sama.
Tuhan Maha Adil. Segala perbuatan baik, akan dibalas baik. Itu adalah janji-Nya kepada hamba2-Nya. Jangan kita cepat melatah, berfikir secara rasional sebelum mengambil tindakan. Jika jalan buntu yang masih kita temui, jgnlah kita lupa, Allah sentiasa ada bersama kita. Mintalah pertolongan kepada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar... Adios...!!!
2 comments:
betul tu.. dia tak suka kita itu bermaksud dia nampak kehadiran kita.. kita boleh jadikan sebagai cabaran untuk mendapatkan apa yang diusahakan walaupun cuba disanggah oleh haters..
jadikan mereka sumber kekuatan, bukan penghalang
Post a Comment