Selamat pagi, Good morning, 早安, अच्छा सुबह, Magandang umaga, dan mcm2 lagi diungkapkan dlm pelbagai bahasa, tetapi tetap membawa maksud yang sama. Inilah ayat yang biasa kita dengar di pagi hari, diucapkan oleh rakan2 kepada kita, atau dari kita kepada rakan2. Pernah x korang sume terfikir kenapa pada waktu pagi sahaja kita sering mendapat sapaan sebegitu..?? Kenapa waktu tengahari dan petang tidak..??
Pada waktu pagi, minda kita masih dalam keadaan segar dan tenang. Pada waktu ini juga, kebiasaannya mood kita berada dalam keadaan stabil. Ungkapan "selamat pagi" atau yang seumpama dengannya bertujuan merapatkan hubungan antara kita dan merupakan permulaan hari kita yang sangat baik. Disamping itu, kita juga mampu meningkatkan keyakinan kita dalam menghadapi kehidupan harian kita, lebih2 lagi jika diselitkan dengan senyuman. Nah.. siapa yang x seronok jika ditegur dan disapa oleh rakan2 dengan nada yang lembut bersama dengan senyuman. Tentunya hati kita berbunga-bunga..huhu..
Teringat pulak satu kisah semalam. Waktu sedang melayan Hot FM, ade la seorang pompuan ni. Dia cakap yang kenapa eik pagi2 je kne dengar ayam yang berkokok?? Kenapa bukan singa ke, kucing ke, harimau atau monyet..?? Hahaha..tergelak aku dengar pertanyaan si gadis ni.Kalo si gadis ni terbaca la entri ni, aku nak cakap skit. Xyah la mempersoalkan hukum karma dunia. Dah memang ditetapkan ayam akan berkokok di pagi hari dengan tujuan mengejutkan manusia. Itulah tugas yang telah diberikan oleh Allah kepada dia. Bayangkan kalo singa yang mengaum pagi hari untuk mengejutkan manusia..?? X ke terperanjat beruk..?? Huhu..fikir2kanlah..
Permulaan hari yang baik akan memberi impak yang sangat besar kepada kehidupan seharian kita. Berbanding waktu lain, waktu pagi adalah waktu yang sangat sesuai untuk kita mengembalikan keakraban kita dengan rakan2 jika hubungan itu seakan2 renggang akibat perselisih fahaman sebelum ini. Jadi kepada suma rakan2 ku, jadikanlah waktu pagi kita dengan penuh bermakna. Mulakanlah pagi kita dengan ucapan yang lembut disekalikan dengan senyuman yang ikhlas. Moga2, perhubungan antara kita dan rakan2 bertambah akrab dan kekal sampai bila2.. Adios..!!
No comments:
Post a Comment