Sunday, June 5, 2011

Bersedia

Hai... Akhirnya dapat gak aku nak update blog untuk harini, memandangkan aku ada kje luar tadi dan keadaan tidak mengizinkan aku untuk update blog. Xpela, at least aku dapat gak share something ngan korang sume. Aku dapat tau yang arini ada mini gath di Time Square yang dianjurkan oleh group BTO.



Berdasarkan ape yang aku dengar lah, ada yang tidak berpuas hati dengan pihak penganjur sebab tentatif program yang agak hambar dan tidak menarik. Hanya berjumpa di Ampang Superbowl, main boling, tangkap2 gmbr dan g makan je. Yang lebih tidak memuaskan hati, geng2 BTO langsung tidak menghiraukan blogger lain yang hadir. Aku bukan ape, kalo leh perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Geng2 penganjur mestilah beramah mesra dengan geng2 blogger lain yang bukan dari kumpulan BTO.

Apa yang aku nak nasihatkan, bukan hanya kepada penganjur tadi, tapi kepada sesiapa je yang mahu untuk menganjurkan apa2 event, kita seharusnya bersedia dengan selengkap2nya dan mengambil kira pelbagai aspek. Tentatif program seharusnya teratur dan bersesuaian. Dan yang paling mustahak, pihak penganjur kenalah beramah  mesra dan berkenalan dengan sesiapa yang hadir lebih2 lagi yang belum pernah kita kenali.


Sesungguhnya, perkara2 sebegini boleh menghidarkan segala persepsi negatif berkenaan kewibawaan kita sebagai penganjur. Sesi suai kenal amatlah perlu dalam setiap perjumpaan kerana belum tentu semua yang hadir telah kita kenali. Buatlah event yang membuatkan setiap yang hadir merasa berbaloi kerana belum tentu setiap yang hadir hanya dari tempat2 yang berdekatan sahaja. Hargailah mereka yang sanggup untuk datang dari jauh semata-mata kerana ingin menghadiri event anjuran kita. Apa2 pun, berusaha untuk menjadi yang lebih baik di masa yang akan datang... Adios...!!!

p/s: persepsi pertama orang lain kepada kita melambangkan keseluruhan kehidupan dan kewibawaan kita


16 comments:

@taufiqhelios said...

perghh...bernas la penulisan abam. ehe.. nnti saya take note segala teguran abam tu..lala..mcm aku lak penganjur kan..lala~ tp kan..mmg kena ready betol2 pon..da baca entry aku pasa gath?lala..ada dua entry lagi tub

[k]o{q}i[n] said...

dh baca dh...

Heziqa Yoo said...

haish..kena lebih berhati2 laa aku gamaknye..^_^

~..Lesung Batu..~ said...

setuju la...tp penganjur ni balik awal tadi..kih3 ish3 tak patot..hahaha eh salah org plak..hahaha larikkkkk =p

Anonymous said...

macamni punya gath pon ada ker??
baik lepak2 jer lagi bagus.
kepada group2 yg lain,tolong wat yang terbaik..ok?

Danial Marzuki said...

byk gak aku dgr pasal ni..ish2

::FAIZ:: said...

sorry lama tak singah sini...bz skit... take care

Encik Suami said...

BTO tue apa?
Siriyes..abg blm penah lagi join mane2 gathering. Kuno sgtkan abg nie?
hahaha..

Penyu said...

aku tak datang. tapi aku sempat salam kau semalam. hahaha

Anonymous said...

na join gath. tpi ta lepas.. ahaaha
bz na exam

[k]o{q}i[n] said...

@heziqa: hati2...

@Lesung Batu: ntah la diorang tu... xphm aku...

@Anon: tau xpe...

@dim: pe yg ko dgr??

@FF: xde hal la...

@En. Suami: Blogger Tercinta Official

@Fadil: Ha...yg ni biadap..

@dhilla Nazli: exam lagi penting..

Cik Ros said...

penulisan yang baik untuk panduan bakal penganjur event..

[k]o{q}i[n] said...

@ros Anisza: Thankz.. btw, ini bukan entri menghentam, cuma untuk renungan semua supaya bnd ni x berulang..

Ainna Jalil said...

btw beb, i've read your blog post and seriously i terkejut cos u buat entry tanpa check hal sebenar dulu and yes.
btw again, gath yang kat ts tu bukan admin yang anjurkan but then ahli bto itself yang anjurkan.
and fyi, plan asal memang nak lepak2 jeh and no permanent tentative at all. semua plan on the spot.
thanks for this entry ya!


p/s : normally people love to condemning others without thinking and knowing the exactly reason why it is happened.

[k]o{q}i[n] said...

@enna: sori for that.. itulah pandangan yg korang akan dapat drpd org luar yg join. so, after this, be more specific about that. and the most important thing, use the right term for each of ur event...tq

jerung said...

blum prnh join gath ssama blogger.. hehe