Sebelum ni aku pernah bincangkan pasal lelaki & pink. Pada sape2 yang terlepas, leh klik je kt
sini. Kali ni, aku nak berbicara tentang lelaki dan beg lak. Rasanya bnda ni bukanlah perkara asing lagi bg kaum lelaki kt negara ni. Ramai yang sudah mula menjinakkan diri dengan perkara ni. Beg yang aku bincangkan ni bukanlah
bagpack ataupun
sling bag yang memang dah
common kt negara kita ni. Tapi adalah beg ala-ala
handbag gitu. Mesti ada yang tertanya-tanya lagikan. K la, aku tunjukkan contoh eik.
Chanel
Matt & Nat Brozen Collection
Aku bukan ape, tibe2 terdetik nak sembangkan pasal benda ni, sebab aku memang dh gunakan beg mcm ni. Sebenarnya, ada seorang hamba Allah ni, merangkap membe aku la, dia pernah memberitahu aku yang dia sebenarnya teringin nak guna beg mcm ni, tapi xde
information yang lengkap tentang cara pemilihan beg yang sesuai. Mungking bagi sesetengah pihak, ada mengecop lelaki yang menggunakan beg sebegini adalam "gay", tapi percayalah, bukan semuanya. Zaman sekarang ni,
penilaian berdasarkan cara pemakaian dan penggunaan aksesori tidak lagi boleh digunakan sepenuhnya.
Louis Vuitton
Ada lelaki yang hanya mengikuti perkembangan industri fesyen dunia dan tidak semestinya golongan "itu" sahaja yang boleh menggayakannya. Sesiapapun boleh, sebab fesyen tidak ada batas dan tertumpu pada sesebuah golongan sahaja. Kaum Adam sekarang, sudah mula "mencelikkan mata" mereka berkenaan dunia fesyen dan penjagaan diri. Janganlah memandang serong kepada semua lelaki yang berani bergaya dan kemas. Kenali hati budi dan selami cara hidup mereka, dan kamu semua nilailah sendiri mereka bagaimana. Adios..!!!
3 comments:
waaa..cerita la tips camne nak pilih beg...cam tak habis jek citer ko ni...ada sambungan eh...huhu
err aku biase ske beg2 biase je..kecik2 n compact.. kehkehkeh
man; owh, nnti eik. aku ceritain..
darkbatman; abg aie, sme la.. koqin suke sling bag je. tapi still ada bag mcm ni. utk jln jauh..huhu
Post a Comment