Wednesday, April 20, 2011

peringatan..!!!

Yup...mari sini sume.. Dekat skit.. Panggil lagi sape2 yang degil tu. Suh datang sini, baca betul2.. Tiap baris ayat dan perkataan, sila fahami dengan betul dan tepat k. Ini penting sebagai peringatan untuk saya dan jugak korang sume sebagai blogger.


Apa benda nye ni...??? Panjang sgt mukadimah, cuba straight ahead.. Erk.. betul ke ni..?? Hahaha.. Pedulik la. Shut up not shut up... erk.. lagi skali, betul ke istilah ni..?? Ahhh...diam x diam, dunia blogging sudah  menjadi sebahagian daripada trend masa kini selain muka buku dan burung biru tu. Ianya medium yang bagus untuk berkongsi segala maklumat dan pendapat selain dapat mengemukakan cadangan yang membina bagi memajukan lagi bangsa kita dan negara serta agama.

Pelbagai konsep blog yang kita boleh lihat, berbeza bagi setiap individu, terpulang kepada mereka dalam memilih konsep blog mereka. Tapi, kita sume perlu ingat, sekiranya seseorang blogger itu sudah mempunyai 'pelanggan tetap', kita perlulah sentiasa memberikan informasi agar mereka berpuas hati. Blogger juga boleh dikategorikan sebagai perniagaan, dimana blogger dianggap sebagai peniaga dan viewer sebagai pelanggan. Oleh itu, kita mesti sentiasa memberikan servis terbaik kepada mereka agar mereka kerap berkunjung ke blog kesayangan kita ni.


Ada segelintir blogger yang dilihat 'berniaga' mengikut mood diorang. Kalo rasa nak buka kedai, diorang buka. Kalo x, tutup. Kalo mcm ni, mcm mne pelanggan nak stay ngan blog kita. Jadilah blogger yang baik dan prihatin. Sentiasa berfikir ke hadapan untuk memajukan diri sendiri dan kebaikan orang lain. Blog yang popular, x semestinya bagus dan blog yang bagus, x semestinya popular. Sumenye bergantung kepada blogger tu sendiri macam mne nak mencorakkan blog diorang. Kepada sume blogger, sentiasalah memberikan yang terbaik. Ingat, kita ni diibaratkan sebagai peniaga. Kalo xnk bankrup, berniagalah dengan betul. Usaha tangga kejayaan... Adios..!!

2 comments:

Qamaruls said...

blog aku takde iklan pun.. camne nak niaga nie..

[k]o{q}i[n] said...

ahakz...itu perumpamaan je la.. bukan berniaga betul2... adoyai..