Wednesday, April 20, 2011

Assignment 2 UBM : Sunnah Nabi di dalam Hidup kita.


Biasalah, sebagai seorang penuntut UBM, mestilah diselubungi dengan assignment. Memang lumrah seorang student. Kali ni para pensyarah meminta semua student untuk menyatakan sunnah2 nabi yang kita tahu. Hmmm... Sebenarnya aku baru je post kan pasal entri berkenaan dengan nabi kesayangan kita sume.. Kat sini aku nak share skit sunnah nabi yang aku tahu k.


Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari
  • Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.
Makan dengan tangan dan menjilat jari .
  • Makan menggunakan tangan kanan, dan bukan dengan alatan. Ini kerana ianya baik untuk sistem penghadaman kita. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan). Bermakna sistem penghadaman kita berjalan dengan lebih lancar dan makanan dapat dihadam dengan sempurna.
Cara tidur nabi
  • Aisyah merekodkan cara tidur Nabi yang baik dan menyihatkan adalah tidur cepat dan bangun cepat. Tidurlah selepas Isyak iaitu dua jam sesudah makan. Kemudian bangunlah bagi bertahajud hingga masuk waktu solat Subuh. Selepas solat Subuh, kita sebaik-baiknya tidak tidur tetapi berzikir dan membaca Quran hingga matahari terbit. Antara kebaikan amalan ini adalah badan yang segar, jantung yang lebih sihat dan awet muda. 
Inilah amalan nabi yang aku tahu. Selain aku wat untuk submit assignment ni, aku juga nak share gak ngan korang sume supaya kita sume leh dapat kebaikannya bersama. Renung2kan dan selamat beramal.


4 comments:

::FAIZ:: said...

this is a very nice entry....

[k]o{q}i[n] said...

tq faiz... biasa je la

PUTERI NATASSIA said...

singgah dari UBM . :)

suha said...

simple but nice =)
nanti singgah blog cik suha gak..ade perkongsian pasal esemen neh gak