Tuesday, April 26, 2011

Film Review : Cun


Mungkin korang rasa aku dah lewat nak wat review pasal filem ni. Tapi.....pedulik hape aku. Muahahaha.. Aku baru je pas download citer ni, dan tonton citer ni. Overall, citer ni memang best. Kredit untuk Osman Ali kerana berjaya mengeluarkan citer yang bagus.

Korang setuju ke x ngan pendapat aku ni..?? Hmm..pape je la. Nape aku cakap citer ni best..?? Sape yang dah tengok, mesti tau nape aku ckp mcm tu. Jalan citer yang sangat menarik, dan agak berbeza dari citer komedi romantik yang pernah dikeluarkan dalam bidang perfileman di Malaysia. Tapi, bukan tu yang aku nak banggakan mengenai citer ni.

Krew filem CUN, korang memang terbaik!!!

Apa yang aku nak banggakan adalah, pelakon2 dlm filem ni memang terbaik. Kualiti lakonan yang diorang tonjolkan memang sangat bagus. Aku yang menonton ni, seolah-olah merasa yang aku bukan menonton sebuah filem rekaan, tetapi menonton situasi sebenar di dunia yang nyata. Lakonan diorang sumenye hidup dan langsung x kaku.

Ini adalah penting dalam sesebuah filem, kerana ianya boleh membuatkan penonton merasa yang mereka seperti di alam sebenar, dan bukan hanya fantasi atau khayalan. Lakonan yang ditunjukkan oleh Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna) dan Faizah Elai (Tom) memang sangat bagus. Kepada sapa2 yang x tonton lagi filem ni, korang kene tgk dan nilai sendiri. K la, aku nak sambung kje skit. Arini aku nak mtk maaf sgt2 sebab x sempat nak update blog aku sangat. Insyaallah, aku akan cuba untuk sentiasa berkongsi ngan korang sume apa yang aku rasakan menarik untuk dikongsikan k.. Adios..!!!

3 comments:

sobri yaacob said...

best crita ni... tambah watak fauziah elai... blakun..jadi doh... ha..ha.. :)

[k]o{q}i[n] said...

tau xpe..real je kan..

KhairulZamanKhobin said...

jom tengok movie mistakes dalam filem CUN!

http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/04/cun-2011.html