Setelah hampir 10 minit menunggu, akhirnya tukang urut tersebut tiba. Dia memandang ke arah aku untuk melihat keadaanku dan bertanyakan kepada ibu bapaku keadaan sebenar. Aku kemudiannya disuruh duduk. Dengan bantuan bapaku, aku didudukkan di atas lantai dan dia pergi ke hadapanku. Pada mulanya, aku ingat di hendak mengurutku, tapi dia hanyan memegang kepalaku dan membacakan ayat2 suci al-Quran. Aku berasa pelik.
Kemudian dia kelihatan seperti sedikit mendengus dan menekan kepala ku. Tiada perasaan sakit ku rasakan. Dian melalukan tanganku ke atas badanku dan akhirnya berhenti di perutku. Dia mencengkam dengan kuat dan pada saat itu aku berasa kesakitan yang amat sangat. Dia sedikit menjerit dan kelihatan seperti mengeluarkan sesuatu dari perutku itu. Setelah selesai, aku dibaringkan dan dia pergi berkata sesuatu kepada ibu bapaku. Mereka kelihatan sedikit terkejut dan kemudiannya menganggukkan kepala. Tukang urut tersebut kemudiannya balik dan tinggallah kami dan keluarga pak cik ku. Setelah hampir setengah jam ibu bapaku bersembang dengan pak cikku sambil menikmati minuman yang dihidangkan mak cikku, kami akhirnya pulang ke rumah. Aku kelihatan sedikit bertenaga kerana aku sudah mampu untuk berdiri tapi perlu dipapah oleh bapaku lagi. Sampai di rumah, aku baring dan tidur.. Tunggu episod akhir pada post yang akan datang..!!
No comments:
Post a Comment