Wednesday, April 21, 2010

bad hoLidaY [ePisoDe fiNaLe]

Keesokan harinya, aku sudah mampu untuk berjalan tetapi dengan keadaan yang tidak bermaya memandangkan sudah hampir seminggu aku tidak lalu makan. Pada malam harinya, aku pergi ke hospital bersama bapaku untuk menyambung MC berikutan keadaan aku yang masih lemah da tidak mampu untuk bekerja. Sampai di hospital, doktor yang sama bertugas dan dia bertanyakan keadaanku. Aku disuruh masuk ke dalam bilik dan berbaring. Setelah dicek, aku terpaksa ditahan di wad pula kerana disyaki denggi. Hmm..sungguh malang nasibku. Selama hampir seminggu aku di wad. Keadaan yang sungguh membosankan kerana tiada apa yang boleh aku lakukan selain berbaring dan menonton tv.

Aku ditempatkan di satu bilik yang mengadungi 2 orang lagi pesakit denggi. Hanya kami bertiga sahaja di bilik itu. Setiap 4 jam, aku perlu dimasukkan glukosa dan diambil darah. Tangan kiriku sudah umpama tangan penagih kerana terdapat banyak sekali bekas jarum sehingga aku sudah lali dan tidak berasa sakit dengan suntikan. Memang sangat tidak selesa kerana aku susah untuk bergerak disebabkan glukosa yang sentiasa perlu dimasukkan ke dalam tubuhku.
Hari-hari aku meminta supaya ibuku apabila datang melawatku, membawa bersama apa2 sahaja majalah untuk aku menghilangkan kebosanan. Itulah sahaja rutin aku selama berada di wad. Pada hari selasa bersamaan dengan 16hb, baru teman baikku datang melawatku. Kedatangannya membuatkan aku sangat gembira. Agak lama dia melawatku dan pelbagai benda telah kami sembangkan. Setelah hampir waktu melawat, temanku berkata yang aku mesti boleh pulang ke rumah setelah berjumpa dengan dia, tapi dalam keadaan berjenaka. Aku hanya mengiyakan sahaja sambil kami bergelak ketawa. Setelah dia pulang, doktor datang kepadaku dan memberitahu bahawa aku boleh pulang pada petangnya. Aku sungguh gembira dan terus memberitahu ibu bapaku dan temanku itu. Bukan aku sahaja yang dibenarkan pulang, malah 2 orang lagi pesakit yang sebilik denganku juga dibenarkan pulang, memandangkan peningkatan dalam jumlah platlet dalam darah kami dan tekanan darah yang kembali normal.
Aku segera berkemas dan apabila selesai segala proses pengeluaran dari pihak hospital, aku pulang ke rumah. Aku diberi tambahan MC selama 9 hari. Ini bermakna, aku diberi 14 hari MC kesemuanya. Bagiku, ini merupakan percutian yang paling teruk dalam hidupku..


No comments: