Semuanya bermula tatkala aku pada malam Sabtu di mana aku ingin pulang ke kampung halamanku. Lebih kurang jam 11.30 mlm aku memulakan perjalananku. Pada awalnya, memang aku sudah mengalami sedikit pening tetapi aku hanya bertahan tanpa mempedulikan. Tetapi jauh di benak hatiku ada perasaan risau memikirkan keselamatanku sepanjang perjalananku. Perjalananku aku mulakan. Dengan menggunakan MRR2, melalui Gombak, Damansara dan akhirnya tiba di Ijok. Satu kawasan yang memang aku tidak suka memandangkan jalannya di tebing bukit, banyak lori2 besar dan yang paling penting, menyeramkan.
Sebaik sahaja aku memasuki bandar Tanjong Karang, iaitu kampung halamanku, aku berasa sejuk yang teramat hingga mengakibatkan aku menggigil dan tubuh aku kurang bermaya. Berbekalkan sedikit kudrat yang ada, aku gagahkan jua memandu kerana hanya kurang dari 5 kilometer sahaja lagi untuk aku sampai. A
Akhirnya aku berjaya sampai tetapi dalam keadaan yang tidak bermaya. Sesampainya aku, aku hanya berpeluk tubuh dan bersandar pada kerus kereta tanpa mematikan enjin. Ibu dan bapaku sudah menanti kepulanganku berasa pelik kerana aku tidak keluar dari kereta. Bapaku membuka pintu dan menyuruhku keluar. Aku hanya menggelengkan kepala tanpa mampu bersuara. Melihat keadaanku yang pelik dan dalam keadaan menggigil, bapaku memapahku masuk kerumah dan terus ke bilikku. Aku merengkot dalam selimut tanpa boleh melelapkan mata. Ibuku sudah risau kerana suhu badanku yang terlalu panas.
Pada keesokan harinya, bapaku menghantarku ke hospital kerana aku sering mengeluh sakit seluruh badan. Dengan dipapah oleh bapaku kerana aku tidak berdaya, aku masuk ke bilik doktor dan terus disuruh baring di katil. Aku telah diberi glukosa kerana aku langsung tidak berdaya untuk berdiri, diambil darah untuk dianalisis dan diberi ubat-ubatan untuk dimakan di rumah. Aku diberi MC selama 5 hari dan diarah datang semula sekiranya masih dalam keadaan yang sama. Aku pulang dan boleh berjalan sendiri tetapi dalam keadaan yang masih longlai. Sampai di rumah, aku terus baring untuk rehat dan tidur. Selama 5 hari itu aku hanya berbaring sambil menahan seluruh badanku yang sakit. Hm..hendak tau apa yang terjadi kepada diriku selepas itu, nantikan sambungannya kerana sekarang aku berasa pening kepala... Argh..!!
No comments:
Post a Comment