29012010 - Tarikh keramat bagi kakakku kerana selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya. Bertempat di 'Rumah Kita', majlis telah berlangsung tanpa ada sebarang halangan. Begitu ramai yang hadir bagi menyaksikan hari bersejarah itu termasuk saudara-mara, sahabat handai mahupun jiran tetangga. Hanya berpelamin ringkas dikelilingi dengan gubahan bunga segar menambahkan seri majlis. Hantaran 7 dulang berbalas 9 telah digubah dengan cantik sekali.
Semasa proses ijabkabul, terpancar jelas ketenangan di wajah bakal suami kakakku pada masa itu. Dinikahkan sendiri oleh ayahanda kami yang tercinta, dengan hanya sekali lafaz, kehidupan kakakku akan berubah untuk selamanya. Sarungan gelang emas ke tangan kakakku semasa proses pembatalan air sembahyang, dibalas dengan menyarung cincin ke jari manis si lelaki. Segalanya yang berlaku pada malam itu akan menjadi sesuatu yang akan diingati sampai bila-bila. Sedikit bingkisan potret untuk acara yang berlaku pada malam pernikahan Noor Afny & Mohd Azman..
Hantaran dari pihak lelaki
Hantaran dari pihak perempuan
Sebelum proses akad nikah
Semasa mendengar taklimat dari kadi
Antara yang hadir
Doa sesudah akad nikah
Mencium meminta restu dari bonda tercinta
Turut hadir, Cikgu Siti Hajar & suami
No comments:
Post a Comment