Selama 3 tahun bertungkus lumus mengharungi dan menghadapi liku2 hidup di sebuah daerah yang bergelar Dungun, akhirnya tamat sudah proses pembelajaran aku di UiTM yang tercinta ni.. (ayt pancing). Memang tak dinafikan banyak sungguh kenangan dan pengalaman yang aku tempuhi selama berada di sini, pahit, manis, kelat, payau, masam dan masin, sumenye ada..
Selama seminggu pada minggu terakhir aku bersengkang mata, bersusah payah menyiapkan report, buku log dan slide presentation, akhirnya berlalu juga kesemua itu.. Esok, hari jumaat, bersamaan 30 Oktober, aku akan meninggalkan daerah ini dan xtau akan kembali ke x ke sini.
Kepada semua barisan pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar selama aku di sini, melimpahkan ilmu dan pengalaman mereka kepada aku, mendewasakan aku yang x berapa nk dewasa ni, jutaan terima kasih diucapkan.. x sangka aku dh habis diploma eik (insyaallah).. Harap2 xde lagi ape2 yang sangkut dan menyebabkan aku kembali ke Dungun, untuk menyambung pengajian aku pada peringkat diploma. Seterusnya digelar sebagai Upper 6...

Akhir kata, terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan x langsung dalam pembabitan selama aku di sini.. Luv u all.. Wish all of u succeed n get better life then..
Adios..!!

No comments:
Post a Comment