Kalo nak ikutkan hati aku tadi, aku nk lantakkan je buku log tu, tapi memandangkan ianya bernilai 10 markah, bagi aku ianya cukup banyak. Tu yang aku terus berusaha berjuang hingga akhirnya aku berjaya menyiapkan buku tersebut walaupun dengan keadaan aku yang sangat meletihkan. Perghh..hanya orang yang bersam-sama ngan aku je tau bagaimananye rasa susah dan payahnye dalam menyiapkan kerja2 yang tertangguh..
Dalam pada masa yang sama, aku terkesian ngan sorang membe aku yang bersusah payah menyiapkan report beliau, tetapi pada akhirnya, pendrive yang digunakan untuk menyimpan data2 tersebut corrupted.. dan lebih menyedihkan lagi, pendrive tu adalah pendrive aku.. Hmm..punah habis dah pendrive tu.. Ntah laptop sape la yang berjaya memusnahkan pertahanan yang telah aku latih di dalam laptop aku sehingga virus yang dihantar sangat kuat menyerang.. Aku akhirnya mengangkat bendera putih bagi pihak pendrive aku dan berjanji akan membuangnya kelak..sedih aku..
Dah la, aku sangat sangat letih.. Mataku dah rabak, badanku dah penat, lututku dah longlai, dan kepalaku dah berat sangat. Aku nak pergi merehatkan diriku ini kerana aku sangat sayangkan tubuh badanku ni walaupun tak berapa manis dipandang orang..Ahakzz.. K, jumpa lagi di lain waktu dan ketika..adios..!!
No comments:
Post a Comment