Dalam kemamaian aku, aku terdengar sedikit kekecohan di ruang tamu rumahku. Apabila ku teliti, aku dapati bahawa cucu kepada atuk sedara aku, atau 2 pupu aku (ada ke istilah ni?) telah meninggal dunia malam tadi akibat jatuh motor. Inalillah wa inailaihiraji'un.. Takziah kepada keluarga si mangsa.
Aku terus bangun dan menyibukkan diri di kalangan keluarga aku, walaupun masih dalam keadaan yang mengantuk. Aku duduk di sofa di ruang tamu tengah sambil mamai, dan mendengar mereka berbual sesama sendiri. Akhirnya aku ke dapur, dan membuka peti sejuk kerana berasa haus. Terpandang aku kepada buah epal..amat menggiurkan. Ahakz.. Aku ambil sebiji dan terus keluar rumah kerana keadaan rumah yang agak panas (biasala umah kampung) kerana tiada elektrik. Di luar aku menikmati buah epal tersebut ditemani tiupan angin yang sungguh menyamankan..Ahakzz.. Tu pasal aku suka balik kampung, angin kat kampung sejuk dan nyaman. Bukan macam angin kat KL, angin kuat tapi bahang panas lagi kuat.
Habis menjamah epal tersebut, aku terus ke bilikku dan membuka laptop aku memandangkan elektrik sudah kembali seperti biasa. Tu la perkara yang aku alami hari ni sebelum aku mengadap laptop dan online. Hmm..biasanya ni time tidur aku lagi. Tapi bila dah bangun, susah nak lelap balik ni. Tak pe lah, aku dah takde idea nak taip apa lagi. Nak layan myspace n facebook lak. Adios..!!
No comments:
Post a Comment