Monday, October 19, 2009

10 Perkara Lelaki Kurang Senang Tentang Wanita

Melihat tajuk sahaja saya sudah tertarik untuk membacanya. Artikel ini diambil dari majalah Maskulin dan ingin saya kongsikan bersama tentang perkara yang lelaki kurang senang apabila bersama dengan makhluk yang digelar wanita. Jadi kepada wanita-wanita diluar sana, baca petikan artikel ini dan renung-renungkanlah..

  1. Lelaki tidak suka wanita yang berpura-pura bersopan-santun dan lemah-lembut. Tidak perlulah hipokrit. Pastinya anda percaya, wanita yang kekal dengan sikap tersendiri lebih menambat hati. Namun wanita sekarang lebih memilih untuk berpura-pura dan menyembunyikan sikap sebenar semata-mata mahu menggoda lelaki.
  2. Lelaki benci dengan wanita yang suka mengkritik kaum sejenis mereka terutamanya mengenai gaya penampilan. Kononnya mereka lebih anggun bergaya daripada wanita lain. Lelaki sebenarnya tak ambil kisah sangat mengenai fesyen wanita, asalkan kemas dan nampak menarik sudah memadai.
  3. Wanita yang mencemburui pasangan sendiri kerana kelebihan yang ada juga tidak disukai oleh lelaki. Bayangkan kekasih anda cemburu bila anda memiliki sejumlah wang yang lebih banyak di dalam akaun simpanan anda berbanding dirinya. Oh tidak! Ini amat menjengkelkan.
  4. Lelaki juga tidak suka dilayan berdasarkan emosi. Pastinya anda akan berasa kurang selesa bila kekasih anda mahu dipanggil dengan panggilan manja dan mahukan belaian mesra selalu (kecualilah jika anda yang mahu melakukan sedemikian rupa). Lelaki jarang bersikap kurang berkeyakinan seperti segelintir wanita. Jika benar perasaan sayang ada di hati, tidak perlulah selalu menunjukkannya secara zahir.
  5. Tidak perlulah ada kod-kod rahsia di dalam komunikasi tetapi itulah yang digemari kaum wanita. Kononya biarlah kod-kod tersebut hanya diketahui oleh mereka dan si dia sahaja. Bagi lelaki, kod-kod rahsia di dalam komunikasi hanya perkara remeh saja dan menyusahkan untuk diingati serta dipraktikkan.
  6. Segelintir wanita mahukan kekasih yang dapat menghabiskan masa hanya bersama mereka. Namun tidakkah mereka sedar, perkara ini sedikit sebanyak mengganggu privasi kaum lelaki. Lebih teruk apabila ada kaum wanita yang suka merisik-risik daripada orang-orang yang rapat dengan kekasihnya. Dan tak kurang teruk juga bila mereka mula membongkar data di dalam komputer peribadi, laci-laci, telefon bimbit milik kekasih hanya kerana rasa curiga.
  7. Tidakkah disedari ada kalanya emosi seseorang wanita boleh membuatkan kaum lelaki naik angin? Contoh, kuku jarinya patah ataupun bad hair day, adoyai..riuh sekampung dibuatnya dengan pelbagai komplen dari mulutnya. Lelaki memang rimas kalau bab-bab yaang remeh-temeh dan tak masuk akal ni.
  8. Never-ending-shopping! Haiyaaa..lelaki mana yang tahan kalau si dia asyik shopping, shopping dan shopping bagai tiada esok bagimu! Kalau guna RM sendiri, mungkin boleh pejam mata saja. Tapi kalau mengendeng RM anda, sanggupkah anda menjadi penaja utama si dia? Berpadalah skit bro!
  9. Wanita yang banyak cakap, suka membebel dan mulut becok macam burung murai tercabut ekor membuatkan kaum lelaki akan berasa rimas sentiasa. Bila 'radio usang' mula berbunyi, pasti ada yang lekas melarikan diri. Tak tahan nak menadah telinga mendengar segala macam rungutan, omelan dan bebelan. Boleh sakit jantung dan hypertension dibuatnya.
  10. Wanita yang suka sangat boikot, merajuk tak tentu pasal dan mogok tak bertempat mampu membuatkan keegoan lelaki tercabar. Kalau dah selalu sangat buat perangai, mahu angkat kaki juga dibuatnya. Hah! Kalau dah terjadi adegan sebegini, 'usah ditangisi pemergia daku'!
So..bagi kaum wanita di luar sana, bacalah dengan teliti dan cerminkanlah diri kalau-kalau diri anda tergolong dalam golongan seperti yang dipaparkan. Janganlah terlalu banyak karenah dan banyak songeh. Dan yang paling penting, lelaki paling tak suka perkara yang REMEH..adios

2 comments:

Halimatun Sa'adiah said...

kalo da x suke tu ckp jela kn..
huhuuu

loVe puRpLe said...

hehe... mmg avoid ni... (^-^)