Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Euww... Ada Misai La...!!!

Hai. Hari ni aku kurang sihat skit. Xtau la nape tibe2 je rse mcm nk demam. Mungkin sebab penat kot. Asyik kerja siang malam je. Xpela, mcm ni la susahnye nk cari rezeki. Papepun doakan cepat sihat eik kengkawan sume...!!!

Tuesday, November 15, 2011

Bongkar : Lelaki Perlu Waspada

Ada something yg aku nk share kt sini. Khususnye kpd yg sejenis ngan aku. Td masa blogwalking, aku terjumpa satu entri yg menarik dan aku nk kongsi la ngan korang sume. Selalunya, kaum perempuan selalu menyalahkan lelaki kalo melihat mne2 bahagian tubuh mereka yg menarik perhatian. Tapi mcm mne lak ngn lelaki..?? Kalo pompuan yg usha some parts kt badan lelaki, mcm mne...?? X ke slh gak...??


Sunday, September 11, 2011

[18sx] Lelaki Kuat Seks

OMG...ahakz.. Rasanya baru ni wat entri pasal upper 18 ni. Xpela, just untuk perkongsian maklumat. Mungkin antara korang terutamanya kaum perempuan, mesti nak tau sgt mcm mne nak kenali lelaki yg kuat seks kan.. ok la, ni info yg aku dapat. Aku x jamin betul 100%, tu sume terpulang atas individu tu sendiri. Bak kata pepatah, "don't judge a book by it's cover"... Huhuhu.. Jom layan...


Sunday, July 24, 2011

Lelaki & Kehidupan

Dunia lelaki sememangnya berbeza dengan dunia wanita. Wanita memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan, begitu juga dengan kaum lelaki. Kalau dikatakan bahawa kaum wanita sukar diramal, lelaki juga begitu. Memiliki angin yang tidak menentu dan sukar dijangka. Jom kita sama2 lihat dan renungkan bersama...

Tuesday, July 19, 2011

Ruangan Dunia Lelaki

Hai sume... Korang sume sihat..?? Aku doakan kesejahteraan korang sume. Kalo ada yang perasan, aku sudah mula menceritakan tentang dunia lelaki masa kini. Pelbagai info berkenaan lelaki tentang sesuatu perkara yang aku rasakan menarik untuk dikongsi. Lelaki merupakan tonggak kepada sesuatu, jadi lelaki perlu menitik beratkan perkara2 yang boleh memastikan diri seorang lelaki itu lebih kemas dan berkeyakinan...


Monday, July 18, 2011

Lelaki & Pemakanan Seimbang

Seperti yang kita tahu, kebanyakan lelaki di Malaysia kurang mengambil berat berkenaan pemakanan seharian. Lebih2 lagi kepada mereka yang bekerja berat. Makanan biasanya diambil tanpa mengambil kira faktor2 nutrisi. Pelbagai faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan seharian kita.

Tuesday, July 5, 2011

Lelaki & Memasak

Mungkin ada lagi sesetengah individu yang kurang familiar atau kurang senang ngan tajuk entri aku kali ni. Walaupun bagaimanapun, aku percaya ramai yang sudah membuka mata berkenaan hal ini. Lelaki dan memasak bukanlah perkara baru sebenarnya di negara kita ni. Kalo nk tau lebih lanjut, jom kita layan entri ni sampai habis...


Tuesday, May 10, 2011

Lelaki & Beg

Sebelum ni aku pernah bincangkan pasal lelaki & pink. Pada sape2 yang terlepas, leh klik je kt sini. Kali ni, aku nak berbicara tentang lelaki dan beg lak. Rasanya bnda ni bukanlah perkara asing lagi bg kaum lelaki kt negara ni. Ramai yang sudah mula menjinakkan diri dengan perkara ni. Beg yang aku bincangkan ni bukanlah bagpack ataupun sling bag yang memang dah common kt negara kita ni. Tapi adalah beg ala-ala handbag gitu. Mesti ada yang tertanya-tanya lagikan. K la, aku tunjukkan contoh eik.

 Chanel
Matt & Nat Brozen Collection

Aku bukan ape, tibe2 terdetik nak sembangkan pasal benda ni, sebab aku memang dh gunakan beg mcm ni. Sebenarnya, ada seorang hamba Allah ni, merangkap membe aku la, dia pernah memberitahu aku yang dia sebenarnya teringin nak guna beg mcm ni, tapi xde information yang lengkap tentang cara pemilihan beg yang sesuai. Mungking bagi sesetengah pihak, ada mengecop lelaki yang menggunakan beg sebegini adalam "gay", tapi percayalah, bukan semuanya. Zaman sekarang ni, penilaian berdasarkan cara pemakaian dan penggunaan aksesori tidak lagi boleh digunakan sepenuhnya.

Louis Vuitton
Ada lelaki yang hanya mengikuti perkembangan industri fesyen dunia dan tidak semestinya golongan "itu" sahaja yang boleh menggayakannya. Sesiapapun boleh, sebab fesyen tidak ada batas dan tertumpu pada sesebuah golongan sahaja. Kaum Adam sekarang, sudah mula "mencelikkan mata" mereka berkenaan dunia fesyen dan penjagaan diri. Janganlah memandang serong kepada semua lelaki yang berani bergaya dan kemas. Kenali hati budi dan selami cara hidup mereka, dan kamu semua nilailah sendiri mereka bagaimana. Adios..!!!

Friday, April 8, 2011

Pink & Lelaki

Pink a.k.a merah jambu sering dikaitkan dengan kaum hawa. Tapi zaman sudah berubah, warna itu kini sudah digunakan oleh kaum hawa mahupun adam. Ini membuktikan bahawa dunia fesyen kini tidak hanya menumpukan penggunaan sesuatu warna untuk jantina tertentu sahaja.

Kebanyakan orang sudah membuka mata dalam hal ini. Ramai lelaki diluar sana sudah mula menggunakan warna pink sebagai salah satu warna pilihan. Tetapi ada juga segelintir pihak yang masih berada ditakuk lama dengan menganggap bahawa lelaki yang menggunakan warna pink adalah lelaki jambu atau tidak 'lurus'. Jom kita tgk bukti yang warna merah jambu dan lelaki sudah makin serasi...





Ha...mcm mne..?? Ok je kan. Mcm Fahrin Ahmad, dia dengan tenangnye berkata yang warna kegemaran dia adalah pink. Mcm mne tu..?? Fahrin & pink..?? OMG...!! Ala...skang xde halangan dalam pemilihan warna untuk berfesyen. Lagipun, ianya just a colour, x lebih dari tu. So, korang jgn la sempitkan otak dengan beranggapan yang bukan2 pasal lelaki & pink. Betullah kata pepatah "don't judge the book by it's cover'. Kenal dulu seseorang tu, baru nilai baik buruk diorang k.. Adios..!!

kalo yang ni no komen