Letih... Bosan... Mentaliti yg sgt rendah. Tu je yg aku boleh ckp. Merepek dan menyusahkan. Dah xde bnda lain ke nk wat? Famili kt rumah mcm mne? Kenapa perlu wat bnda2 yg ridiculous mcm ni? Nak kata x sekolah, mcm yg join sume yg berpelajaran punya org... Tapi kenapa suka susahkan org lain?? Kenapa...???
Showing posts with label kongsi berita. Show all posts
Showing posts with label kongsi berita. Show all posts
Saturday, April 28, 2012
Thursday, December 8, 2011
14 Tahun X Potong Rambut...??
Aiyoo... Mcm geli je dgr.. X payah ke nak jaga pjg2 rmbut tu..?? Ada x antara korang yg suka bela rmbut sgt2 pjg...?? Kalo takat panjang tu, Ok la gak... Ni sangat sangat sangat panjang... Erkk...!!!
Tuesday, December 6, 2011
Janganlah Buat Keje Merepek
Rasanye, arini semalam kecoh sampai ke harini pasal panggilan palsu yg dibuat oleh sorang manusia gila yg membuat panggilan bom palsu semata-mata nk menghalang kekasih dia pergi ke KL. Hurmm.. Ape la nk jd ngan mental kebanyakan masyarakat kt Malaysia ni..?? Makin xde otak ke...??
Monday, November 21, 2011
Yeay...!!!! Harimau Muda Terbaik...!!!
HARIMAU MUDA vs GARUDA MUDA
TL aku memang sgt meriah. Sgt laju org tweet semasa perlawanan tadi. Memang ni antara game di Sukan SEA yg sgt2 dinantikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia apabila skuad Harimau Muda menunjukkan prestasi yg sgt memberansangkan sejak akhir2 ni. Skuad kendalian Ong Kim Swee ternyata mampu utk menggalas tanggungjawab yg diamanahkan bg memperlihatkan kehebatan skuad Harimau Muda di mata antarabangsa...
Wednesday, July 13, 2011
Live Streaming Malaysia vs Arsenal 13 Julai 2011
malam ini akan berlangsungnya perlawanan persahabatan diantara Malaysia dan Arsenal yang akan bermain di Stadium Bukit Jalil, dibawah ini adalah live streaming untuk anda menonton perlawanan diantara Malaysia dan Arsenal pada malam ini jika tidak dapat menontonnya di kaca tv anda
Stream videos at Ustream
Monday, July 11, 2011
Kongsi Berita 3
Lelaki Saman Tunang Curang
X habis2 pasal saman. Semakin hari makin banyak kes2 mcm ni. Kali ni seorang juruteknik sebuah kilang di Bangi, Nik Mustafa Nik Daud, 30, telah menfailkan saman malu terhadap Azlina Mohamed, 27, sebanyak RM320,000. Saman itu telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bahru, Kelantan.
Mereka yang berasal dari daerah yang sama, Tanah Merah, telah mengikat tali pertunangan pada 1 Mei 2011 atas dasar cinta sehinggalah Azlina tiba2 mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Sebenarnya, saman yang difailkan lebih merujuk kepada ganti rugi modal persiapan perkahwinan yang telah dikeluarkan, bukannya malu sebab malunya seseorang itu tidak boleh diganti kerana ianya berkaitan maruah seseorang.
Monday, March 21, 2011
kongsi berita 2
Arini ni aku nk share lagi ngn korang sume berita2 yang aku rasa menarik untuk dikongsi, especially kepada mereka2 yang jarang baca suratkhabar ni. Haha.. Aku ade 2 artikel yang menarik kt bwh ni;
Nicol tiada tandingan
Rasanya xde rakyat Malaysia yang heran ngan kemenangan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David ni. Memang xdpt dinafikan kehebatan dan keligatan beliau beraksi. Nicol turun selaku pemain pilihan utama dalam Kejohanan Skuasy Terbuka KL CIMB 2011 semalam, dan berjaya merangkul kejuaraan kali yang ke-7. Nicol telah membenam lawannya dari Republik Ireland, Medaline Perry dengan straight set 11-6, 11-6, 11-2 dlm masa 34 minit. Beliau telah membawa pulang trofi dan wang tunai AS$8,550 (RM28,270). Tahniah diucapkan kepada ratu skuasy negara kita..
Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian
Aik...terkejut gak aku bile baca tajuk artikel ni. Hmm..terdiam sejenak aku. "menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah", kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. Ini kerana ia dikatakan meniru amalan penganut Kristian yang berkahwin di dalam gereja, dan pengikut Yahudi yang juga berkahwin di dalam rumah ibadat mereka. Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.
p/s; aku pun sbnrnye x berapa setuju sbnrnye akad nikah wat kt masjid, sbb kesian kt mereka2 yang xleh masuk masjid (especially perempuan).
sumber; Kosmo!, Isnin 21 Mac 2011
Adios..!!
Wednesday, March 16, 2011
kongsi berita
Aku baru je pas belek2 akhbar arini, dan aku ada tertarik kepada beberapa artikel dalam akhbar ni. Dan aku sangat la berbesar hati nak kongsi ngan korang2 sume..
Azizul Hasni, Nicol terbaik
Sekali lagi Azizul Hasni dan Datuk Nicol Ann David dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati kebangsaan bagi tahun 2010. Mereka masing2 membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Tahniah wat wira2 negara sekalian. Info keseluruhan tentang Anugerah Sukan Negara 2010;
Penyanyi rap AS persenda mangsa tsunami
Kalo korang baca tajuk je pun korang dah leh jadi geram kan... Sangat kurang ajar. Mungkin kene bagi dia rasa kot kne tsunami, baru dia tau langit tinggi ke rendah. Kalo dia kne la tsunami, kte wat statement yang macam dia wat. Kita tujukan kat dia lak. Baru padan muka dia.
"Wah, berita ini (bencana alam) amat serius. Kalau begitu kita memerlukan semua cangkul dari LA hingga ke Hawaii (untuk menggali kubur bagi mengebumikan mangsa2 gempa bumi dan tsunami)." - 50 Cent-
Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk
Aiyoo...manyak terkejut wo.. Menurut artikel ni, lelaki yang suka simpan handphone dalam poket seluar mudah berisiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk. Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), pengguna lelaki yang wat panggilan menggunakan handphone lebih dari 4 jam sehari, mempunyai bilangan sperma yang paling kurang kuantiti dan kualitinya.
So, CAP mencadangkan supaya orang ramai terutamanya kaum lelaki mengamalkan menggunakan loudspeaker pada jarak at least 20cm dari kepala.
sumber; Kosmo! Rabu 16 Mac 2011
Renung2kan dan selamat beramal.
(pinjam tagline ye prof.)
Subscribe to:
Posts (Atom)









