Satu dunia telah dihebahkan berkenaan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS). Banyak negara telah menghulurkan bantuan untuk menyertai misi mencari pesawat berkenaan. Dan kes ini juga telah diklasifikasikan sebagai sebuah kehilangan pesawat yang MISTERI.
Biasalah, bila tiba kes-kes khas sebegini, mulalah timbul atau muncul pelbagai spekulasi dan bantuan2 yang kadang2 kita x jangkakan. Semua mula nak tunjuk kehebatan masing2 dalam mentafsir kehilangan yang dianggap misteri ini. Itu sebenarnya fenomena biasa. Bagi aku, itu peluang mana2 individu untuk menunjukkan kebolehan masing2.
Cuma apa yang aku x berapa nak faham, kenapa tetiba keluar 'Raja Bomoh' la, pendekar itu la, kumpulan ini la... Kenapa tetiba diorang tetibe nak show off? Selama ni macam x penah dengar pun pasal diorang2 ni. Xtau la plak kalo aku je yang tertinggal dalam benda ni. Mungkin la...
Boleh x kalau aku cakap yang 'Misteri' kehilangan pesawat ni adalah satu 'PENIPUAN'? Hahahaha... Rileks... Jangan cepat melatah. Silalah baca sampai habis ok. Kalau ikutkan, xde sorang pun tau jalan cerita kehilangan pesawat ni. Itupun kalaulah.... Xtau la kalau memang ade yang tau tapi xnak hebahkan atas sebab2 tertentukan?
Korang rasa media tu sebarkan berita kat tibi, radio, suratkhabar tu, semuanya betul x? Press conferrence yang dibuat setiap hari tu, korang rasa jawapan2 yang dikatakan tu betul x? Dan katakanlah semua penumpang dan anak kapal MH370 tu semua selamat pulang, rasanya diorang akan cerita benda yang betul x?
Aku bukan nak cakap yang diorang ni semua penipu. Kita xtau apa yang diorang semua ni rasa dan lalui dan membuatkan diorang ni menipu. Mungkin diorang terima ugutan? Mungkin diorang xnak keluarga dan rakyat Malaysia risau? Mungkin. Jadi, korang rasa korang nak percaya siapa? Kita ni manusia, ada sifat takut, risau, marah, dan lain2. Jadi kita hanya perlu berserah kepada Yang Maha Esa. Kenapa? Sebab Dia je Yang Maha Benar dan Maha Mengetahui segala apa yang terjadi di langit dan di Bumi. Kita semua ciptaan-Nya. Dia yang mengatur setiap apa yang berlaku. Ada sebab dan musababnya yang kadang kita sendiri xtau dan x mengerti.
Allah menjadikan sesuatu semuanya bersebab. Demi kebaikan dan kesejahteraan setiap hamba-Nya. Berusaha, berdoa dan bertawakkal adalah benda yang perlu setiap hamba-Nya lakukan. Selebihnya, kita serahkan kepada-Nya untuk menentukan. Betullah apa yang dikatakan segelintir individu bahawa kita semakin melupakan-Nya. Mungkin Dia hanya mahu setiap hamba-Nya bersujud, dan menadah tangan memanjatkan doa kepada-Nya. Senang cerita, Dia nak kita kembali kepada jalan-Nya. Apa kata korang? Terpulang... Ini pendapat aku. Tiada apa yang memaksa aku untuk mengetuk papan kekunci, membaitkan tiap biacara yang aku taipkan. Apa2 pun, kita doakan agar semua penumpang dan anak kapal pulang dengan selamat. InsyaAllah... Wallahualam...
2 comments:
Salam.Tuan telah menggunakan gambar kacang soya yang saya design untuk perniagaan saya.Yang saya perasan,kacang soya tersebut telah ditambah dengan topi dan perkataan 'red bean army'.hehe,tak mengapa,silakan :)
Maaf jika telah mengambil hakcipta Tuan. Saya hanya dapatkan gambar tersebut dari Google. Saya boleh remove sekiranya tidak dibenarkan untuk disiarkan. Harap Maklum.
Post a Comment