Tuesday, January 28, 2014

Tahap Mana?

Arini aku curi skit masa keja, nak rehatkan otak sat. Banyak beno keja skang ni x berenti2... Ni la kaedahnye kalau menanggung kerja orang lain. Tapi sebab malas nak fikirkan pasal stress, aku layankan je keja ni...
 

Aku 'ter'blogwalking tadi kt blog si Obe tu. Usha apa2 yang menarik. Then, aku terbaca entri dia pasal 15 Filem Melayu yang mempunyai kutipan terendah sepanjang 2013. Aku pun macam, "ermm.... macam best je". So, aku gigih la baca entri tu sampai habis. Jujurnya, ada beberapa filem yang aku sendiri xtau ada kuar kat wayang. Jom kita usha filem2 tersebut yang diculik dari blog Obe.

 
Aku usha gak komen2 kat blog Obe tu. Yup, kebanyakannya aku setuju dengan komen diorang. Balik2 genre yang sama je filem kat Malaysia skang ni. Lagi2 filem seram tu. Makin la merepek alkisahnya. Sibuk duk canang sana sini cakap jangan percaya sangat benda2 karut, tp disebabkan lambakan filem2 cenggini la rakyat Malaysia masih lagi kuat mempercayai benda2 karut marut camni.
 
Pastu citer2 cinta monyet. Adoyai... Bukannya x boleh nak buat filem2 cenggini, boleh. Tapi, kalau boleh buat la research sedalam-dalamnya. Mostly pengarah filem kat Malaysia ni aku tengok buat filem asal boleh je. X boleh la camni... Camane industri filem Malaysia nak berkembang ke luar negara? Buat filem bukan macam buat belacan, campak2, blend, kepal2, dah siap...
 
yang ni betul buat belacan
Aku bukanlah orang yang arif dalam industri filem ni, aku cuma menzahirkan pendapat sebagai seorang rakyat Malaysia yang cuba untuk menyalurkan duit membeli tiket wayang nak tgk hasil seni orang negara aku sendiri. Tapi malangnya, tiket yang dibayar sama mahal dengan citer2 antarabangsa yang jauh lebih bagus dari segi kualiti dan mesej yang ingin disampaikan. Itu sebabnya citer2 Melayu ramai yang berpendapat lagi bagus beli cetak rompak atau tengok kat internet je.
 
Bukan menidakkan kebolehan mereka2 ni mengarah, tapi cuba buka sikit minda tu dengan meneliti setiap filem2 antarabangsa yang mampu terjual di segenap pelusuk negara di dunia ni. Kenapa mereka mampu? Kenapa tidak kita? Malaysia mampu! Rakyat Malaysia Mampu! Kita pun sehebat mereka kan... Jangan dicop sebagai pengarah buat filem syok sendiri. Apa salahnya labur sejumlah modal yang besar, untuk hasilkan kualiti filem yang terbaik dan hasil pulangan yang berganda, dari hasilkan filem dengan modal yang besar tapi xde kualiti dan langsung x balik modal. Fikir-fikirkan... Wallahu'alam... Adios...!!!
 
 

4 comments:

Faizal Fredley said...

sebab jalan cerita melayu tu x best...ce buat biar gempaq x der lah jadi mcm nih..

Anwar Abdullah @ Kaio said...

banyak yang kena improve filem malaysia ni. tapi kadang2 kan pembikin2 filem pun buat cerita atas kajian terhadap market malaysia. so nak salahkan pembikin filem malaysia atau mentaliti penonto filem malaysia? tak kira lagi yang download secara haram. hurm...

btw, jemput lah singgah blog ye.
http://iluvtour.com

titan said...

aku dah tak cukup rajin gi nonton wayang. Tu pasal tak box office filem-filem tu. haha

Sunah Sakura said...

first nak komen gambar work ethic tu...hahaha...okay, akak pun macam yang bawah tu!!!! skang tengah 'main' blogwalking semasa bekerja..k

second, hurm...memang kebanyakan cite dalam 15 tu, akak tak pernah tahu kewujudannye kecuali PECAH...