Tuesday, December 24, 2013

Bosan Dengan Manusia

Sekali baca, macam pelik je statement. Korang x rasa bosan ke hidup ngan manusia? Kekadang tu x terpikir ke baik hidup kat hutan ngan binatang2 yang lebih berperasaan dan berakal? Hurmmm... Jangan tanya kenapa aku menaip pasal benda mcm ni...
 
Ye! Lagi elok jadi Tarzan, yang hidup kt hutan dikelilingi oleh binatang-binatang buas yang sememangnya memang sudah sejak azali buas. Manusia, satu makhluk yang sangat misteri sebenarnya. Akal yang dikurniakan selalu disalahguna oleh kebanyakan manusia. Nama, pangkat, harta dan wang sering membutakan hati dan mengaburi akal fikiran manusia.
 
Disebabkan semua benda tu, manusia yang lebih rendah darjat di mata mereka sering menjadi mangsa nafsu serakah. Kenapa? Sebab syaitan dan berjaya memikat hati mereka dari menegakkan kebenaran dan menyebarkan fitnah dan dosa.
 
 
Aku juga terfikir, alangkah bahagianya mereka yang duduk di negara bergolak, yang berperang sana sini. Mati mereka jelas menunjukkan yang mereka mempertahankan negara dan agama mereka. Berbanding kita yang duduk di negara 'aman'. Negara yang dikatakan 'aman' ni, perang lebih susah dan bahaya.
 
Perang psikologi, kebendaan dan pangkat, menyebabkan manusia rakus dan kejam. Halal haram langsung x wujud dalam kamus hidup. Kat negara macam ni jugak lah, bala tentera syaitan dan iblis diturunkan dengan banyaknya untuk menyesatkan dan membuatkan manusia bertambah sengsara. Itulah kehidupan akhir zaman. Solat hanya sebagai lakonan, al-Quran hanyalah seperti buku-buku ilmiah yang membosankan.
 
Aku hanya manusia biasa, yang diberikan akal dan fikiran kurniaan Illahi, hanya mampu memerhati dan bermuhasabah diri dari terjebak ke golongan seperti itu. Jadi, aku nasihatkan diri aku dan kepada semua pembaca, kita digalakkan untuk memerangi orang2 sebegini. Sekiranya x mampu, cukuplah sekadar kita saling mengingati antara satu sama lain dan bermuhasabah diri supaya tidak terikut dengan apa-apa yang boleh memesongkan akidah kita. Wallahualam... Adios!!!
 
 

No comments: