Thursday, October 17, 2013

Pasang Surut

Pasang surut, bukan hanya terjadi untuk air di laut. Kehidupan kita yang hakiki ni juga kekadang merasai pasang surutnya. Pasang surut juga boleh ditafsirkan dalam perlbagai konsep dan pendapat. Terpulang atas individu itu sendiri untuk menilainya. Tapi, lantakkanlah semua pendapat orang tu, kali ni aku nak share tentang pasang surut hidup aku...
 

Sila jangan pelik, sebab aku lagi terkujat babun sebab aku p search 'pasang surut' kat pokcik Gugel, dalam bebanyak gambar yang berkaitan, ade tersepit gambar di atas, lantas aku jadikan ia sebagai gambar hiasan untuk entri kali ini. Sila kagum!
 
Berbalik kepada tajuk kita kali ni, pasang surut ni boleh berlaku lebih dari sekali. Bagi aku, x terkira dah pasang surut yang berlaku. Sampai aku dah bermonolog dalam diri aku, "ah....lantaklah..." Sampai mcm tu skali aku dh x heran dengan pasang surut hidup ni.
 
Aku pun xtau nape aku bubuh gambar ni
Pasang surut yang biasa berlaku adalah dalam bab kengkawan ni. Almaklumlah, banyak dah kita dengar, kawan biasanya ada masa kita senang je, time susah memang payah bebeno la nak nampak wajah rahsia hati diorang tu. Aku x mengiyakan, x gak menidakkan, sebabnya ada betul jugak pepatah tu. Selalunya, korang mesti terperasan yang ada satu masa tu, tetiba je kengkawan yang biasa korang hang out, jejoli sana sini, melacur bagai bersama, tetiba hilang. Hilang bukan bermaksud diorang jadi halimunan atau menyorok, tapi bila time korang nak mintak tolong atau ajak g memane, time tu la diorang xde. Pelik kan? Tapi itulah natijahnya....
 
 
Pasang surut gak boleh berlaku dalam ekonomi kita. Bukan ekonomi dunia, negara kita mahupun negara jiran, tapi ekonomi diri sendiri. Kalo dah cakap pasal ekonomi, kompemlah aku maksudkan pasal duit a.k.a wang. Ini biasalah sangat terjadi, duit kita x menentu adanya. Kena time dapat banyak duit sampai melimpah ruah, sampai siap gulung2 bubuh kat atas telinga ngan lubang idung sbb x muat poket nak letak. Bila time xde tu kan, sampai suar saiz M dah boleh sarung satu badan, sebab badan dah mengecik. Aishhh.... Itu namanya x beringat masa senang, dah susah baru nak terkial-kial... *tembak kepala sendiri*
 
Lain-lain macam pasang surut kat tempat keje, famili dan macam-macam lagi la. Pepandai la korang huraikan sendiri. Bagi aku, ni la 2 aspek yang selalu terjadi kat diri aku. Apa-apa pun, beringatlah dalam buat sesuatu perkara. Kalo kita asyik kat atas je, kita akan senang alpa dari mana kita datang, bila dah kat bawah, baru nak sedar dan melara jiwa. Jadi, fikir-fikirkanlah. Bagi sesapa yang masih bebal xtau maksud pasang surut untuk entri kali ni, p hantuk kepala kat dinding kekuat. Buang masa je p hantar sekolah tinggi-tinggi, tapi bebalnya yang ikut tinggi, bukannya cerdik. Puikk... Adios!!!
 


No comments: